KESEJAHTERAAN KOMUNIKASI SEBAGAI PERAMAL PERPADUAN KOMUNITI DI SARAWAK
Kesejahteraan komunikasi merupakan keselesaan dalam berbicara untuk menyampaikan sesuatu melalui seseorang atau medium yang lain dalam percakapan. Kehidupan bermasyarakat sememangnya memerlukan kesejahteraan komunikasi yang sesuai untuk di adaptasi dalam masyarakat tersebut supaya hidup secara aman...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Chapter |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Educatipn, Language and Communication, UNIMAS
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/47316/1/KESEJAHTERAAN%20KOMUNIKASI%20SEBAGAI%20PERAMAL%20%281%29.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/47316/ https://www.felc.unimas.my/our-research/conferences/ic-mas-2022 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kesejahteraan komunikasi merupakan keselesaan dalam berbicara untuk menyampaikan sesuatu melalui seseorang atau medium yang lain dalam percakapan. Kehidupan bermasyarakat sememangnya memerlukan kesejahteraan komunikasi yang sesuai untuk di adaptasi dalam masyarakat tersebut supaya
hidup secara aman dan selamat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan komunikasi di kawasan kediaman penduduk flat yang menyumbang kepada kesejahteraan komuniti. Kajian dijalankan secara tinjauan terhadap 100 responden yang merupakan penduduk dalam kalangan B40 untuk mengkaji
kesejahteraan penduduk di Komuniti Perumahan Tanjung Kidurong, Bintulu. Hasil kajian mendapati jarak
kediaman mempunyai hubungan yang signifikan dengan kekerapan berinteraksi dalam komuniti kejiranan (nilai-P <0.001). 90% responden menyatakan mereka lebih kerap bertegur sapa dengan jiran sebelah rumah di aras yang sama berbanding blok yang berbeza atau yang tinggal di tingkat bawah flat kediaman.
Keakraban di antara kejiranan mempengaruhi corak interaksi dalam komuniti kediaman mereka. Dengan kata lain, kekerapan interaksi lebih mengeratkan lagi hubungan ahli dalam komuniti. Kesimpulannya, penduduk di kawasan padat seperti flat mampu mewujudkan suasana interaksi yang baik dalam bertegur sapa dan berkenalan dengan lebih akrab antara satu sama lain di dalam komuniti flat itu sendiri. |
---|