Pengalaman penjaga yang menjaga warga tua di institusi jagaan.
Peningkatan populasi warga tua di Malaysia sama ada di bandar dan luar bandar menimbulkan pelbagai isu cabaran dalam penjagaan warga tua khususnya mereka yang tinggal di institusi jagaan. Cabaran penjagaan seperti fizikal, sosial dan psikologi memberi kesan terhadap kesejahteraan warga tua dalam men...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Proceeding |
Language: | English |
Published: |
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/46935/1/ISDC2024.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/46935/ http://sapsp.uum.edu.my/perkhidmatan/proceeding |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Peningkatan populasi warga tua di Malaysia sama ada di bandar dan luar bandar menimbulkan pelbagai isu cabaran dalam penjagaan warga tua khususnya mereka yang tinggal di institusi jagaan. Cabaran penjagaan seperti fizikal, sosial dan psikologi memberi kesan terhadap kesejahteraan warga tua dalam meneruskan kehidupan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengalaman yang dihadapi oleh penjaga atau pentadbir yang menjaga warga tua di institusi jagaan di Malaysia. Pengalaman tersebut termasuklah alasan warga tua memilih tinggal di institusi jagaan dan cabaran yang dihadapi penjaga yang menjaga warga tua. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan membincangkan cabaran yang dihadapi penjaga atau pentadbir, mengapa warga tua memilih untuk tinggal di institusi jagaan dan cadangan meningkatkan kesejahteraan warga tua yang tinggal di institusi jagaan. Kaedah analisis sekunder digunakan dalam makalah ini untuk mengetahui definisi konsep warga tua serta pelbagai pengalaman penjaga atau pentadbir daripada pelbagai sumber dalam pendekatan sekunder. Oleh itu, definisi warga tua, alasan warga tua memilih menetap di institusi jagaan dan cabaran penjaga yang menjaga warga tua di institusi jagaan dibincangkan dalam makalah ini. |
---|