Analisis Ruangan Keciciran Murid Sekolah Menengah di Sarawak

ABSTRAK Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi danpembangunan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencapai banyak kejayaan dalam melaksanakan Dasar Pendidikan untuk Semua melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun demikian, keciciran murid...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Danggat, Chabo
Format: Thesis
Language:English
Published: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 2024
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/46445/3/Thesis%20PhD_Danggat%20Chabo.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/46445/
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:ABSTRAK Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi danpembangunan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencapai banyak kejayaan dalam melaksanakan Dasar Pendidikan untuk Semua melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun demikian, keciciran murid khususnya di peringkat sekolah menengah masih kekal sebagai isu pendidikan dalam negara. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis keciciran murid sekolah menengah di Sarawak dengan menggunakan pendekatan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Objektif kajian adalah (i) mengenalpasti corak ruangan keciciran murid sekolah menengah di Sarawak (ii) menganalisis kawasan hot spot keciciran murid sekolah menengah (iii) menganalisis kolerasi ruangan keciciranmurid sekolah menengah dengan faktor yang menyebabkan keciciran. Kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah Autokolerasi Ruangan Global Moran’s I, Getis Ord-Gi* dan analisis regreasi Ordinary Lease Square. Dapatan kajian objektif 1 menunjukkan corak ruangan keciciran murid sekolah menengah di Sarawak (2013-2018) adalah berkelompok. Dapatan objektif 2 mendapati kawasan hot spot keciciran murid sekolah menengah yang terletak di bawah pentadbiran kawasan bandar utama di Sarawak iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, Pejabat Pendidikan Daerah Sibu dan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu. Dapatan objektif 3 mendapati keciciran murid sekolah menengah di Sarawak mempunyai hubungan yang positif dengan faktor-faktor yang menyebabkan keciciran dan berlaku secara rawak. Kata kunci: keciciran, analisis ruangan, sekolah menengah, hot spot, corak ruangan