Isu jenayah: tinjauan dari pendekatan pihak polis dalam pengurangan jenayah di Kota Belud, Sabah

Secara umumnya, jenayah dapat ditakrifkan sebagai kesalahan yang dilakukan oleh individu dengan mempunyai niat untuk melakukan kesalahan itu, kemudiannya individu ini boleh dikenakan hukuman dengan setimpal atas sebab-sebab melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Jenayah yang dilakukan oleh indiv...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor-Ina Kanyo, Norhuda Salleh, Rahim Ahmad, Madzriani Mohd Jony, Nurul Aziati Azizuzita M. Azis, Nurul Syahfiqqah Azzilah Mapiasah
Format: Article
Language:English
Published: Academic Inspired Network 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42883/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42883/
https://doi.org/10.55573/JISED.096810
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Secara umumnya, jenayah dapat ditakrifkan sebagai kesalahan yang dilakukan oleh individu dengan mempunyai niat untuk melakukan kesalahan itu, kemudiannya individu ini boleh dikenakan hukuman dengan setimpal atas sebab-sebab melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Jenayah yang dilakukan oleh individu ini tidak hanya terhad kepada jenayah kecil-kecilan, tetapi jenayah yang dilakukan semakin serius, agresif dan ekstrem. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti latar belakang atau senario kes jenayah di Kota Belud, Sabah serta menganalisis statistic data jenayah mengikut catatan balai polis Kota Belud dari tahun 2021 hingga 2022. Wujudnya masalah jenayah ini, kajian juga menjelaskan pendekatan yang diambil oleh pihak polis dalam menangani masalah jenayah yang ada di Kota Belud, Sabah. Dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual secara bersemuka, kajian ini dijalankan di balai polis bersama Asisten Superintendent Polis Kota Belud, Sabah. Hasil dapatan kajian menunjukkan penurunan jumlah indeks jenayah dari tahun 2021 hingga 2022. Selain itu, kajian ini menunjukkan pendekatan pihak polis dalam mengurangkan masalah jenayah telah berjaya di Kota Belud, Sabah secara keseluruhannya. Dapat disimpulkan bahawa kepelbagaian pendekatan dalam usaha mengurangkan masalah perlakuan jenayah di Kota Belud telah menjadikan daerah yang mencatatkan jenayah yang paling rendah di antara semua daerah di Sabah. Diharapkan bahawa hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk pihak berkuasa dalam menyelesaikan jenayah-jenayah yang ada.