Kearifan tradisi dan sintesis dalam penghasilan tembikar kuron di Kampung Melangkap, Kota Kinabalu
Penyelidikan ini adalah tentang kearifan tradisi dan pembuktian sintesis dalam penghasilan tembikar kuron yang menjadi warisan masyarakat etnik Dusun Tindal Kota Belud. Dokumen tentang kearifan tradisi melalui kaedah, teknik dan penghasilan telah diwarisi secara turun-temurun. Malangnya kearifan tra...
保存先:
第一著者: | |
---|---|
フォーマット: | 学位論文 |
言語: | English English |
出版事項: |
2020
|
主題: | |
オンライン・アクセス: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42859/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42859/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42859/ |
タグ: |
タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
|
要約: | Penyelidikan ini adalah tentang kearifan tradisi dan pembuktian sintesis dalam penghasilan tembikar kuron yang menjadi warisan masyarakat etnik Dusun Tindal Kota Belud. Dokumen tentang kearifan tradisi melalui kaedah, teknik dan penghasilan telah diwarisi secara turun-temurun. Malangnya kearifan tradisi ini tidak terbukti secara saintifik. Justeru itu, pengkaji berusaha membuktikan kearifan tempatan secara saintifik dengan menggunakan kaedah mesin pembelauan cahaya sinar- X (XRD) dan Scanning Electron Microscopy (SEM). Penggunaan tembikar tradisi di Sabah masih menjadi amalan dan digunakan oleh sebilangan pengguna di Sabah walaupun bilangannya terhad. Menyedari impak daripada fenomena ini, Penyelidik menyelesaikan menyelesaikan masalah dominan yang dapat dilihat dalam kraf tradisi kuron dari sudut kekuatan dan ketahanan daripada mudah pecah dari aspek teknik pembuatannya, teknik pemilihan tanah, corak motif dan teknik pembakaran secara saintifik sebagai rekod baharu dalam seni visual. Pengkaji juga mencipta satu formula nisbah bancuhan baharu dalam menghasilkan sebuah jasad tanah yang lebih kuat dan tidak mudah pecah dengan gabungan bahan pemudah adun seperti pasir sungai, grog dan cengkerang kulit telur yang terdiri daripada bahan alam dan bahan buangan. Melalui perincian ini membuktikan bahawa tembikar tradisional kuron mempunyai nilai estetika dan keunikan yang wajar dikekalkan dan dibangunkan. Kajian ini menggunakan pendekatan secara etnografi yang bersifat kualitatif iaitu melalui penglibatan penyelidik secara terus di lapangan melalui rekod maklumat dan temu bual dengan adi guru dan penghasilan kraf tembikar kuron tradisi di Sabah. Manakala kaedah pendekatan makmal adalah bersifat kuantitatif yang melibatkan ujikaji serbuk tanah liat pelbagai peringkat lapisan dan bahan campuran pemudah adun untuk mengetahui komposisi mineral yang hadir yang mempengaruhi sifat dan kelakuan tanah. Seterusnya analisis secara sintesis menggunakan formula Astuti (2008) digunakan untuk mengetahui kadar ketumpatan tanah, kadar penyusutan air dan kadar keporosan melalui kepingan ujikaji yang dihasilkan dengan menggunakan formula Line Blend. Secara keseluruhannya, hasil analisis kajian dapat memperincikan kearifan tradisi dan menghasilkan satu alternatif baharu untuk mengatasi masalah jasad badan tembikar yang mudah pecah melalui inovasi kajian dengan bahan pemudah adun. Oleh itu, hasil hubung kait antara analisis kearifan tradisi dan saintifik daripada kajian ini dapat menyumbangkan ilmu dan inovasi baharu kepada masyarakat tempatan dan industri seramik. |
---|