Persepsi tingkah laku seksual berisiko: peranan pengaturan kendiri dan perilaku berinternet dalam kalangan pelajar Universiti Awam
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pengaturan kendiri sebagai pengantara perilaku berinternet dengan persepsi tingkah laku seksual berisiko dalam kalangan pelajar di Universiti Awam. Kaedah yang digunakan adalah secara tinjauan. Alat kajian yang digunakan terdiri daripada Persepsi Tingkah...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42677/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42677/ https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i4.234 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pengaturan kendiri sebagai pengantara perilaku berinternet dengan persepsi tingkah laku seksual berisiko dalam kalangan pelajar di Universiti Awam. Kaedah yang digunakan adalah secara tinjauan. Alat kajian yang digunakan terdiri daripada Persepsi Tingkah Laku Seksual Bersiko, Internet Sex Screening Test, dan Adolescent Self-Regulation Inventory. Sampel terdiri daripada 882 orang pelajar Universiti Awam yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan pakej SPSS 25.0. Hasil analisis mendapati pengaturan kendiri mempunyai kesan pengantara yang signifikan kepada perilaku berinternet terhadap persespsi tingkah laku seksual berisiko. Kesan ini dapat dikenal pasti terutamanya pada salah satu dimensi perilaku berinternet iaitu perbelanjaan seksual dalam talian. Keputusan yang diperolehi adalah amat penting bagi membuktikan bahawa pengaturan kendiri dalam kalangan pelajar mempunyai pengaruhnya sebagai pengantara di antara perilaku mereka sewaktu melayari internet dengan persepsi tingkah laku seksual berisiko. Keputusan kajian juga dapat meningkatkan pemahaman dan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang peranan pengaturan kendiri dalam menentukan matlamat dan tindakan. Pihak universiti boleh menjadikan informasi kajian untuk merancang program-program yang boleh memperkasakan pengaturan diri pelajar kerana kelak merekalah di antara kumpulan profesional yang mewarisi pembangunan negara. |
---|