Penggunaan model EAO untuk meramalkan hasrat bekerja sendiri dalam kalangan belia di Negeri Sabah
Golongan belia di negara ini memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi dan seterusnya menjadi penyumbang kepada kelestarian negara. Walau bagaimanapun, golongan ini tidak terkecuali berdepan dengan pelbagai isu khususnya berkaitan dengan pembangunan kerjaya masing-masing sep...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UMS
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42662/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42662/ https://doi.org/10.51200/manu.v1i1.5832 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Golongan belia di negara ini memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi dan seterusnya menjadi penyumbang kepada kelestarian negara. Walau bagaimanapun, golongan ini tidak terkecuali berdepan dengan pelbagai isu khususnya berkaitan dengan pembangunan kerjaya masing-masing seperti pengangguran, ketepuan pasaran buruh dalam sektor formal, ketidakpadanan pekerjaan dan tahap pendidikan serta kemiskinan telah menjadi isu yang kompleks. Salah satu alternatif yang disarankan oleh pengkaji lepas adalah bekerja sendiri dan telah mendapat perhatian dan sokongan daripada pelbagai pihak. Namun, kerjaya ini masih lagi belum mendapat tempat sepenuhnya dalam kalangan belia kerana dalam konteks ini, peranan hasrat untuk bekerja sendiri adalah aspek yang sangat penting sebelum seseorang individu memulakan usaha untuk bekerja sendiri. Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi hasrat untuk bekerja sendiri termasuklah faktor sikap yang telah menjadi faktor yang penting dalam menentukan hasrat untuk bekerja sendiri. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menilai empat dimensi berkaitan dengan faktor sikap yang boleh mempengaruhi hasrat untuk bekerja sendiri. Dengan menggunakan model Entrepreneurial Attitude Orientation (EAO), kajian tinjauan telah dilaksanakan ke atas 101 orang belia di negeri Sabah untuk mengkaji hubungan antara empat dimensi model EAO (pencapaian, inovasi, kawalan kendiri dan penghargaan kendiri) dengan hasrat untuk bekerja sendiri. Soal selidik telah diedarkan secara dalam talian kepada belia-belia yang terpilih dalam kajian ini dan analisis data menggunakan perisian SPSS (versi 29) telah dilaksanakan iaitu ujian deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan dua dimensi EAO ini mempunyai hubungan yang signifikan terhadap hasrat untuk bekerja sendiri iaitu dimensi pencapaian dan penghargaan kendiri, manakala dimensi inovasi dan kawalan kendiri didapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan hasrat untuk bekerja sendiri. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini memberikan satu sumbangan yang penting untuk mempromosikan dan menghasilkan imej bekerja sendiri yang positif sebagai kerjaya pilihan para belia. |
---|