Elemen realisme magis dalam legenda etiologikal etnik Tatana di Kuala Penyu
Kegiatan menyampaikan naratif lisan dalam kalangan masyarakat Tatana yang disebut sebagai batangon sudah lama diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. Dalam kalangan orang Tatana, aktiviti bercerita dipraktikkan sebagai alat hiburan dan media pendidikan. Sebanyak lima buah etiologikal Tatana telah d...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Malaysia Sabah
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42658/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42658/ https://doi.org/10.51200/ga.v14i2.5771 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kegiatan menyampaikan naratif lisan dalam kalangan masyarakat Tatana yang disebut sebagai batangon sudah lama diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. Dalam kalangan orang Tatana, aktiviti bercerita dipraktikkan sebagai alat hiburan dan media pendidikan. Sebanyak lima buah etiologikal Tatana telah dikumpulkan dari kerja lapangan yang dijalankan di daerah Kuala Penyu dengan melibatkan informan dari keturunan Tatana. Setelah diamati, dalam penceritaan legenda etiologikal Tatana memaparkan unsur realisme yang digabungkan dengan unsur magis. Unsur realisme terlihat pada latar tempat, dan masyarakat. Manakala, unsur magis pula melibatkan kewujudan makhluk dan alam ghaib, binatang dan objek ajaib, serta sumpahan. Elemen magis dalam penceritaan legenda etiologikal ialah hasil imaginasi dan kreativiti nenek moyang orang Tatana dahulu. Prinsip realisme magis menurut Faris (2004) yang diterapkan dalam analisis secara interpretasi menunjukkan bahawa legenda etiologikal Tatana menghadirkan unsur magis yang diwujudkan dalam dunia sebenar. Justeru, kajian seumpama ini dapat memelihara naratif tradisi Tatana daripada hilang bersama penangon (pencerita) yang kebanyakannya telah meninggal dunia serta dapat menonjolkan kehebatan nenek moyang Tatana menghasilkan legenda Tatana. |
---|