Peranan pegawai fasilinus, kepimpinan pentadbir sekolah dan sumbangan guru LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan pegawai fasilitator LINUS, kepimpinan pentadbir sekolah dan sumbangan guru LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk tinjauan yang melibatkan 52 buah sekolah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hariana A. Ahong
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42329/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42329/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42329/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan pegawai fasilitator LINUS, kepimpinan pentadbir sekolah dan sumbangan guru LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk tinjauan yang melibatkan 52 buah sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu dan sampel kajian dikira berdasarkan rumus Cochran. Minimum sampel yang diperlukan adalah 264 orang tetapi kajian ini telah mengambil 350 orang guru sebagai sampel kajian untuk memastikan ketepatan data. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang dihasilkan sendiri oleh pengkaji dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statiscal Package For Social Science (SPSS). Dapatan kajian analisis deskriptif mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan pelaksanaan program LINUS di sekolah berdasarkan faktor demografi. Manakala dapatan kajian analisis inferens mendapati bahawa terdapat hubungan yang kuat antara peranan pegawai fasilitator LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS. Dapatan kajian juga mendapati bahawa hubungan yang sangat kuat antara kepimpinan pentadbir sekolah dan sumbangan guru LINUS serta mempunyai pengaruh terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah.