Aplikasi sistem maklumat geografi (GIS) dan analytical hierarchy process (AHP) dalam pengenalpastian kawasan berisiko tanah runtuh di sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sabah

Fenomena tanah runtuh merupakan bencana alam yang kedua paling signifikan di dunia, dengan kerugian yang dianggarkan melebihi USD 5 bilion, serta menyebabkan kematian lebih dari 57,000 orang dan hampir 4 juta orang kehilangan tempat tinggal. Negara-negara di Benua Asia mencatatkan hampir 50% kejadia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Aiman bin Ismail
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42319/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42319/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42319/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fenomena tanah runtuh merupakan bencana alam yang kedua paling signifikan di dunia, dengan kerugian yang dianggarkan melebihi USD 5 bilion, serta menyebabkan kematian lebih dari 57,000 orang dan hampir 4 juta orang kehilangan tempat tinggal. Negara-negara di Benua Asia mencatatkan hampir 50% kejadian tanah runtuh di seluruh dunia, dan bencana ini turut menyebabkan kerugian sekitar 0.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan beberapa negara di Asia dan Amerika. Untuk menangani isu tanah runtuh, pelbagai usaha telah dilakukan di peringkat global dan nasional. Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melancarkan "Dekad Antarabangsa untuk Pengurangan Bencana Alam" pada tahun 1990-2000, manakala di Malaysia, Jabatan Kerja Raya (JKR) melancarkan “Pelan Induk Cerun Negara 2009-2023” bagi mengurangkan risiko tanah runtuh. Negara-negara maju seperti New Zealand, USA, Australia, dan Eropah juga telah mengeluarkan garis panduan untuk menyokong penyelidikan dalam Pengurusan Risiko Tanah Runtuh (Landslide Risk Management, LRM) pada abad ini.