Analisis PSKA terhadap budaya penanaman, inovasi dan pemasaran herba ‘bawing’ dalam kalangan pelajar luar bandar di Malaysia Timur

Kajian berhubung pembudayaan pertanian komersial ini memfokuskan kepada tahap pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi (PSKA) dalam kalangan pelajar luar bandar di Sabah terhadap penanaman dan pengkomersialan herba tradisi yang sinonim dan mencirikan identiti budaya etnik Sabah, iaitu ‘bawing’. Da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Halina Sendera Mohd Yakin, Budi Anto Mohd Tamring, Esther Jawing, Junaidah Januin, Zurinah Ya’akub
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UKM 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42184/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42184/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42184/
https://doi.org/10.17576/akad-2024-9403-03
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian berhubung pembudayaan pertanian komersial ini memfokuskan kepada tahap pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi (PSKA) dalam kalangan pelajar luar bandar di Sabah terhadap penanaman dan pengkomersialan herba tradisi yang sinonim dan mencirikan identiti budaya etnik Sabah, iaitu ‘bawing’. Data saintifik dan kearifan tempatan menunjukkan bahawa ‘bawing’ mempunyai pelbagai manfaat dan nilai komersial. Bertunjangkan Taksonomi Bloom, kajian ini mengaplikasikan model Targeting Outcome of Programme (TOP) berhubung domain KASA (Knowledge-Attitude-Skill-Aspiration) serta pendekatan kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik untuk pengumpulan data. Hasil analisis statistik SPSS mendapati responden kajian yang terdiri daripada 100 orang pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Belud, Sabah memiliki tahap pengetahuan yang sederhana (skor 2.70), aspirasi yang tinggi (skor 3.92), sikap yang positif (skor 3.24) dan kemahiran yang rendah (skor 1.78) terhadap ilmu penanaman, inovasi dan pemasaran ‘bawing’. Dapatan kajian ini menyumbang kepada penyelidikan serta modus operandi selanjutnya berhubung pemerkasaan ilmu penanaman, inovasi dan pemasaran herba ‘bawing’ dalam kalangan para pelajar dan belia menerusi program pemindahan ilmu dan program-program seumpamanya. Kajian bersifat multi-disiplin, pemacu industri dan komuniti serta translational ini relevan dan signifikan untuk dikongsi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berpaksikan keseimbangan JERIS; misi universiti sebagai gedung ilmu dan peneraju ke arah masyarakat berinovatif; pelan pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025 yang berteraskan pembangunan modal insan serta pertumbuhan ekonomi terhadap tiga sektor primer (pertanian, pelancongan dan perindustrian) serta kelestarian hijau; niche Matlamat Pembangunan Mampan yang mensasarkan lima tujahan (manusia, kemakmuran, planet, keamanan & perkongsian); serta konsep Malaysia Madani yang bertekad untuk merealisasikan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi menerusi SCRIPT.