Faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan rumpai laut (Eucheuma) di Pulau Banggi, Kudat, Sabah, Malaysia

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan maklumat secara saintifik mengenai teknik pengkulturan terbaik, varieti rumpai laut terbaik dan mengkaji pengaruh parameter persekitaran terhadap pertumbuhan rumpai laut di pulau Banggi, Kudat, Sabah, Malaysia. Kajian percubaan selama 6 minggu telah dijalanka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arinah binti Ajuk @ Ajok
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41696/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41696/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41696/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan maklumat secara saintifik mengenai teknik pengkulturan terbaik, varieti rumpai laut terbaik dan mengkaji pengaruh parameter persekitaran terhadap pertumbuhan rumpai laut di pulau Banggi, Kudat, Sabah, Malaysia. Kajian percubaan selama 6 minggu telah dijalankan sebanyak dua kali (kajian awal dan kajian sebenar) di Kampung Garib untuk menentukan teknik pengkulturan dan varieti terbaik rumpai laut. Kajian teknik pengkulturan dijalankan untuk menentukan teknik pengkulturan rumpai laut terbaik iaitu jarak kultur antara tali rentangan (15 cm, 30 cm, 45 cm, 60 cm), jarak kultur antara bibit (15 cm, 30 cm, 45 cm, 60 cm), berat awal bibit (50 g, 100 g, 150 g, 200 g, 250 g) dan kedalaman pengkulturan (permukaan, 50 cm, 100 cm, 150 cm). Varieti terbaik di antara lima Eucheuma cottonii (Buaya, Gergasi, Hijau, Lipan, Perang) dan Eucheuma spinosum dipilih berdasarkan kadar pertumbuhan bagi setiap varieti. Eksperimen lanjutan dijalankan selama 8 minggu untuk membandingkan kadar pertumbuhan rumpai laut yang dikultur menggunakan teknik pengkulturan dan varieti terbaik yang telah dikenalpasti semasa kajian percubaan dengan kadar pertumbuhan rumpai laut yang dikultur oleh pengkultur di sekitar Kampung Garib dan Kampung Kerosong. Parameter fizikal (suhu, saliniti, konduktiviti, kandungan oksigen terlarut) dan parameter kimia (nitrat, nitrit, ammonia, fosfat) direkodkan sepanjang kajian pada kedalaman yang berbeza (0.1 m, 0.5 m, 1.0 m, 1.5 m). Kajian teknik pengkulturan yang dijalankan mendapati jarak kultur antara tali rentangan, 60 cm; jarak kultur antara bibit, 45 cm; berat awal bibit, 100-200 g dan kedalaman pengkulturan di permukaan air laut merupakan teknik pengkulturan yang terbaik. Hasil ujian ANOVA satu hala yang dijalankan mendapati terdapatnya perbezaan pertumbuhan yang signifikan (p<0.05) di antara rumpai laut yang dikultur menggunakan teknik dan varieti terbaik hasil daripada kajian ini berbanding dengan rumpai laut yang dikultur menggunakan teknik yang digunakan oleh pengkultur rumpai laut di sekitar kawasan kajian. Di mana, rumpai laut yang dikultur menggunakan teknik hasil daripada kajian ini mencatatkan peratusan pertumbuhan harian tertinggi iaitu 3.1 % berbanding 2.6 % bagi rumpai laut yang dikultur oleh pengkultur rumpai laut. Varieti Gergasi (Eucheuma cottonii) merupakan varieti terbaik di antara rumpai laut yang dikultur di Pulau Banggi dengan peratusan pertumbuhan harian tertinggi sebanyak 1.9 %. Keenam-enam varieti ini dapat dibezakan berdasarkan warna, corak pertumbuhan talus, permukaan talus primer, corak percabangan talus sekunder dan kerapuhan talus. Pertumbuhan rumpai laut adalah lebih tinggi pada kajian sebenar (p<0.05) dengan julat parameter fizikal: suhu, 28.1–30.1 oC; saliniti, 25.7–3.9 ppt; pH, 7.99– 8.36; konduktiviti, 44.2–52.9 μS/cm; kandungan oksigen terlarut, 4.48–10.0 mg/L dan parameter kimia: nitrat, 0.02–0.06 mg/L; nitrit, 0.002–0.010 mg/L; ammonia, 0.01–0.28 mg/L dan fosfat, 0.01-0.11 mg/L. Ujian ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) di antara parameter persekitaran sepanjang kajian dijalankan. Kajian ini juga mendapati teknik pengkulturan yang dicadangkan mampu meningkatan pengeluaran rumpai laut (Eucheuma) per unit masa dan kawasan.