Pembangunan dan keberkesanan perisian pembelajaran pendidikan jasmani kemahiran asas sukan hoki tingkatan empat

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan perisian kursus kemah iran asas sukan hoki berdasarkan pendekatan konstruktivisme dan mengukur keberkesanan perisian tersebut berdasarkan penguasaan kemahiran asas sukan hoki dalam kalangan murid tingkatan empat sekolah menengah yang melibatkan dua buah sekola...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mad Rosli Saraamu
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41265/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41265/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41265/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan perisian kursus kemah iran asas sukan hoki berdasarkan pendekatan konstruktivisme dan mengukur keberkesanan perisian tersebut berdasarkan penguasaan kemahiran asas sukan hoki dalam kalangan murid tingkatan empat sekolah menengah yang melibatkan dua buah sekolah di daerah Tawau, Sabah. Kajian kuasi eksperimen ini menggunakan rekabentuk ujian pra dan pasca kumpulan kawalan melibatkan sebilangan 120 orang murid tingkatan empat yang dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kawalan. Pembangunan perisian pembelajaran kemahiran asas sukan hoki menggunakan gabungan pendekatan penyelidikan pembangunan (DDR) dan Model reka bentuk pengajaran ADDIE. Pembangunan perisian bagi setiap fasa akan dilihat secara tinjauan menggunakan soal selidik. Pelaksanaan pembelajaran adalah menggunakan pende katan konstruktivisme. Di sepanjang intervensi, murid dalam kumpulan eksperimen didedahkan dengan pembelajaran kemahiran asas sukan hoki menggunakan perisian. Manakala murid kumpulan kawalan didedahkan rutin pembelajaran konvensional. Keberkesanan perisian pembelajaran kemahiran asas sukan hoki diukur dengan menggunakan pengukuran kuantitatif penguasaan lakuan kemahiran asas sukan hoki. Analisis data melibatkan Ujian T. Keputusan kajian menunjukkan murid yang didedahkan penggunaan perisian mendapat min skor yang lebih tinggi secara signifikan di dalam pascaujian berbanding murid yang didedahkan kepada penggunaan konvensional dengan nilai t 69.255, p<.05. Disamping itu perisian yang dibangunkan turut dinilai isi kandungan, rekabentuk dan strategi pembelajaranpembelajaran. Dapatan menunjukkan secara keseluruhan murid murid-murid dan guruguru-guru bersetuju bahawa perisian pembelajaran kemahiran asas sukan hoki dalam kajian ini adalah sangat baik. Dapatan kajian memerihalkan data empirikal yang membuktikan peranan perisian yang diban gunkan dengan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam pembelajaran kemahiran asas sukan hoki mempertingkatkan penguasaan lakuan kemahiran asas sukan hoki dalam kalangan murid.