Sumbangan pengetahuan pedagogi, kandungan, daya kreativiti dan inovatif terhadap efikasi kendiri guru dalam pengajaran ekonomi

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan langsung dan tidak langsung pengetahuan pedagogi, kandungan, daya kreativiti dan inovatif terhadap efikasi kendiri guru Ekonomi dalam proses pengajaran. Maklum balas diambil dari dua kumpulan responden yang terdiri daripada 536 orang pelajar tingka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Said Ambotang
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40647/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40647/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40647/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan langsung dan tidak langsung pengetahuan pedagogi, kandungan, daya kreativiti dan inovatif terhadap efikasi kendiri guru Ekonomi dalam proses pengajaran. Maklum balas diambil dari dua kumpulan responden yang terdiri daripada 536 orang pelajar tingkatan enam dan 107 orang guru Ekonomi mewakili seluruh negeri Sabah telah dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak mudah. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Dua set soal selidik berlainan telah digunakan dalam kajian ini iaitu set 1 untuk pelajar Ekonomi dan set 2 adalah untuk guru Ekonomi. Item soal selidik yang digunakan, dibangunkan oleh penyelidik berasaskan teori PCK Shulman (1986), teori Bandura (1977) yang dijadikan asas kajian ini. Analisis statistik inferens iaitu ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi berganda digunakan untuk menguji 20 hipotesis nul pada aras signifikan p<0.05. Program Perisian SPSS versi 16 dan AMOS versi 16. digunakan untuk menganalisis data dan laluan antara variabel terpilih. Keputusan ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara variabel yang terlibat. Set ujian regresi berganda turut menunjukkan terdapatnya sumbangan variabel-variabel bebas terhadap variabel bersandar yang difokuskan. Keputusan ujian analisis laluan juga membuktikan bahawa pengetahuan pedagogi, kandungan, daya kreativiti dan inovatif guru Ekonomi menunjukkan sumbangan secara langsung dan tidak langsung terhadap tahap efikasi kendiri keseluruhan guru Ekonomi yang terlibat. Semua hasil kajian regresi berganda dan analisis laluan dalam kajian ini mendapati daya inovatif dan pengetahuan Kandungan menunjukkan sumbangan yang lebih dominan berbanding dengan daya kreativiti terhadap efikasi kendiri guru Ekonomi. Keputusan analisis kesepadanan model persamaan struktural (SEM) selepas modifikasi pula, menunjukkan 83.6% varians variabel bebas menyumbang terhadap efikasi kendiri guru Ekonomi. Keputusan ini menunjukkan terdapat kesesuaian kebolehpercayaan model pengukuran dalam model persamaan struktural (SEM) yang dihasilkan dalam kajian ini. Manakala aspek pengetahuan pedagogi guru Ekonomi didapati bukan faktor penyumbang yang signifikan terhadap efikasi kendiri guru Ekonomi. Selaras dengan dapatan ini satu kajian terperinci dengan fokus tumpuan utama terhadap meningkatkan penguasaan kandungan guru Ekonomi dan memperkasakan daya inovatif guru Ekonomi perlu diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan dalam usaha meningkatkan keberkesanan pengajaran guru Ekonomi.