Pewarnaan tradisi kraf Sabah : Sintesis dan pencirian pigmen
Penyelidikan ini adalah penyediaan sintesis pigmen pewarna daripada bahan-bahan alam yang telah digunakan untuk mewarnai barangan kraf tangan tradisi Sabah. Sampel pigmen ini telah diambil dari bahan organik iaitu tumbuh-tumbuhan yang melibatkan daun, akar, kulit dan buah. Penggunaan warna tradisi d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39152/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39152/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39152/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini adalah penyediaan sintesis pigmen pewarna daripada bahan-bahan alam yang telah digunakan untuk mewarnai barangan kraf tangan tradisi Sabah. Sampel pigmen ini telah diambil dari bahan organik iaitu tumbuh-tumbuhan yang melibatkan daun, akar, kulit dan buah. Penggunaan warna tradisi di Sabah masih menjadi amalan oleh sebilangan pandai kraf tangan walaupun bilangannya terhad. Menyedari impak yang boleh terhasil daripada fenomena ini, penyelidik cuba membuat penyelidikan di beberapa buah lokasi di mana terdapatnya pengamal-pengamal kraf di sekitar Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi yang bersifat kualitatif iaitu melalui penglibatan penyelidik secara terus di lapangan melalui rekod maklumat dan temu bual pengamal kraf berkaitan penyediaan warna secara tradisi di Sabah. Kaedah pendekatan makmal bersifat kuantatif adalah ujikaji penghasilan warna untuk mendapatkan pigmen berpandukan parameter seperti pelarut, suhu dan masa pengestrakan. Berpandukan Teori Brewster (1781-1868) yang telah mencetuskan roda warna, kajian secara sintesis ini telah menghasilkan 11 jenis warna tradisi iaitu warna hitam, merah, merah jingga, merah hati, merah jambu, kuning, hijau, unggu, indiago, coklat dan perang. Warna-warna bersifat cecair dan serbuk ini adalah hasilan dari 15 jenis tumbuhan yang diproses dengan teknik, rebus, tumbuk, gosok dan rendaman. Analisis pencirian pigmen dengan menggunakan teknik FT-IR, ICP-OES dan UV-Vis telah dapat mengesan kandungan logam, serapan specktra gelombang dan serapan cahaya. Dapatan kajian ini telah memberi penjelasan secara sintesis dan pencirian mengenai setiap pigmen yang telah dihasilkan. Penyediaan sintesis pigmen tanpa bahan kimia dapat diaplikasikan pada bahan kraf seperti benang tenun, teduang, bakul, anyaman, alat muzik dan ukiran kayu sebagaimana warna tradisi sebelumnya. |
---|