Rekabentuk seni arca mercutanda dalam masyarakat tempatan di Sabah
Pelbagai objek wujud dalam ruang di sekeliling kita secara semula jadi ataupun buatan manusia. Kebanyakan objek ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dengan adanya ikon-ikon yang terkandung di dalamnya. Arca mercutanda merupakan salah satu objek yang mempunyai ikon yang tersendiri, lazimnya berkait rap...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39151/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39151/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39151/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelbagai objek wujud dalam ruang di sekeliling kita secara semula jadi ataupun buatan manusia. Kebanyakan objek ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dengan adanya ikon-ikon yang terkandung di dalamnya. Arca mercutanda merupakan salah satu objek yang mempunyai ikon yang tersendiri, lazimnya berkait rapat dengan budaya ataupun sosio-ekonomi masyarakat setempat. Dalam kajian ini, beberapa arca mercutanda yang terdapat di sekitar Sabah dipilih sebagai bahan kajian. Arca mercutanda dipilih kerana ianya merupakan penanda arah yang penting dan membawa makna tersendiri serta nilai kos pembinaan yang agak besar. Kajian merangkumi merekod dan mendiskripsi arca mercutanda melalui ikon-ikon. Mengklasifikasi ikon dan menganalisis kaitan ikon dengan budaya kehidupan masyarakat setempat. Sebanyak tiga puluh arca mercutanda dipilih dari lima bahagian di negeri Sabah iaitu Bahagian Kudat, Bahagian Pantai Barat Utara, Bahgaian Pendalaman, Bahagian Sandakan, dan Bahagian Tawau. Setiap bahagian pengkaji memilih sebanyak enam arca mercutanda untuk dikaji. Kaedah kualitatif diaplikasi bagi melawat lokasi, merekod dan menghayati arca mercutanda. Bentuk dan makna arca-arca mercutanda ini akan ditafsir dengan menggunakan penggabungan teori ikonografi oleh Erwin Panofsky dengan teori kritikan seni oleh Edmund Burke Feldman. Penggabungan teori ini dipanggil kajian pentaksiran ikon dan pemahaman arca yang terbahagi kepada tiga peringkat. Pertama, kajian diskripsi dan analisis akan dijalankan terhadap fizikal arca mercutanda. Kedua, kajian interpretasi dilakukan bagi mengeluarkan makna budaya yang tersembunyi berdasarkan kajian sebelumnya. Ketiga, kajian pertimbangan oleh pengkaji bagi mengkategorikan arca-arca mercutanda ini sebagai formalisme atau ekspresivisme atau instrumentalisme. Formalisme adalah arca mercu tanda sebagai objek yang mempunyai aspek keindahan dan keharmonian. Ekspresivisme adalah arca mercutanda menjadi objek menyampaikan perasaan dan idea pengarca. Instrumentalisme pula menunjukkan arca mercutanda sebagai alat yang berfungsi dalam konteks institusi, masyarakat dan negara. Dapatan kajian mendapati persamaan gaya, media dan teknik pada hampir keseluruhan arca mercutanda mewujudkan ransangan kebosanan kepada penghayat. Kajian mengklasifikasi jenis arca, jenis objek atau imej, dan ikon. Kajian mendapati arca-arca mercutanda di negeri Sabah mempunyai kaitan dengan budaya iaitu kehidupan masyarakat setempat dari segi ekonomi, politik, generasi dan sistem komunikasi. Kajian merumuskan bahawa tiga puluh arca telah direkod berserta ukuran, gaya, media dan teknik. Arca mercutanda juga telah diklasifikasi ikonnya yang terdiri dari buahbuahan, sayur-sayuran, hidupan marin, binatang atas daratan, manusia, kenderaan laut, alat muzik, alat permainan, pakaian, bumi, dan bentuk abstrak. Arca mercutanda memberi penjelasan tentang sumber ekonomi, makanan tradisi, sejarah kepahlawanan, alat muzik tradisional, alat permainan, dan kenderaan tradisional masyarakat di Sabah. Pengkaji mencadangkan sebelum arca mercutanda didirikan, ia perlulah dirujuk kepada pengarca-pengarca yang berpendidikan formal dan kajian tentang arca perlu diperluaskan bagi menambahkan lagi kajian ilmiahnya di Sabah dan di Malaysia. |
---|