Penelitian Kajian Lepas: Sejarah Etnik Lundayeh Di Sabah

Penulisan ini membincangkan tentang penelitian kajian para sarjana lepas yang memfokuskan kepada sejarah etnik minoriti Lundayeh di Sabah. Berpandukan kaedah sejarah, penulisan ini cuba meneliti sejarah masyarakat Lundayeh di Sabah. Etnik Lundayeh memiliki taburan populasi di empat wilayah sekitar k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Juhar Harun, Wong, Jane Kon Ling, Kavitha Ganesan
Format: Article
Language:English
English
Published: UMS 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38828/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38828/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38828/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penulisan ini membincangkan tentang penelitian kajian para sarjana lepas yang memfokuskan kepada sejarah etnik minoriti Lundayeh di Sabah. Berpandukan kaedah sejarah, penulisan ini cuba meneliti sejarah masyarakat Lundayeh di Sabah. Etnik Lundayeh memiliki taburan populasi di empat wilayah sekitar kepulauan Borneo iaitu di Kalimantan, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak. Di setiap wilayah tersebut, etnik ini memiliki label nama yang berbeza seperti Dayak Lundayeh di Kalimantan, Indonesia, Murut (Lun Bawang) di Brunei, Lun Bawang di Sarawak dan Lundayeh di Sabah. Namun, dalam makalah ini hanya lebih tertumpu kepada masyarakat Lundayeh dalam konteks negeri Sabah sahaja. Meskipun pada hakikatnya, kajian ilmiah yang memfokuskan kepada etnik minoriti Lundayeh di di negeri ini masih kurang dilakukan. Justeru, makalah ini cuba meneliti kajian-kajian oleh para sarjana lepas tentang sejarah etnik Lundayeh di Sabah. Penelitian kajian-kajian daripada sarjana lepas mengenai sejarah masyarakat Lundayeh amat penting bagi memberikan kefahaman tentang kewujudan etnik minoriti ini yang akhirnya menjadi salah satu entiti dalam masyarakat majmuk di negeri Sabah.