Faktor Kepuasan Kerja Dan Cabaran Yang Dihadapi Oleh Ahli Komuniti Yang Bekerja Di Gayana Eco Resort
Pelancongan merupakan salah satu industri yang amat penting kepada ekonomi Malaysia. Ini kerana, pelancongan merupakan salah satu sektor yang menjadi nadi penggerak ekonomi di beberapa buah negara terutamanya negara sedang mambangun. Sektor pelancongan telah banyak membuka peluang pekerjaan serta te...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Borneo Institute for Indigenous Studies (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38715/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38715/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38715/ https://doi.org/10.51200/jobsts.v9i1.4757 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelancongan merupakan salah satu industri yang amat penting kepada ekonomi Malaysia. Ini kerana, pelancongan merupakan salah satu sektor yang menjadi nadi penggerak ekonomi di beberapa buah negara terutamanya negara sedang mambangun. Sektor pelancongan telah banyak membuka peluang pekerjaan serta telah banyak mempengaruhi taraf hidup komuniti yang terlibat dalam pembangunan pelancongan. kewujudan peluang pekerjaan yang banyak ini telah menepati salah satu rangka mencapai kemajuan hidup dan pembangunan serta mempengaruhi kualiti hidup yang lebih baik. Fokus kajian ini berkenaan faktor kepuasan kerja dan cabaran yang di hadapi oleh komuniti yang bekerja di Gayana Eco Resort di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. kaedah kutipan data kualitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan menemu bual 15 orang informan yang bekerja di Gayana Eco Resort. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kepuasa kerja di Gayana Eco Resort kerana mempunyai perkhidmatan kebajikan yang baik disediakan untuk semua pekerja, jarak ketersampaian dekat dan mempunyai khidmat mengambil pekerja turun ke tempat kerja serta menghantar pekerja. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang harus ditangani bagi mewujudkan suasana kerja lebih baik iaitu keterbatasan berkomunikasi bahasa asing kerana ramai pengunjung dari luar negara. Cabaran dari segi kekurangan bilik untuk tetamu yang berkunjung pada musim-musim perayaan dan cuti sekolah. Walaupun hal sedemikian, pelaksanaan dan pengoperasian resort ini masih diteruskan cabaran bukanlah satu yang menjadi penghalang. Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan bagi mengatasi cabaran-cabaran tersebut untuk menjadi pusat pelancongan ini lebih berjaya. |
---|