Kebolehpercayaan dan kesahan instrumen sokongan sosial, kendiri dan pengurusan emosi bagi pembelajaran atas talian

Pengajaran dan pembelajaran dalam talian memainkan peranan yang amat penting semasa berdepan dengan pandemik COVID-19. Kini, pembelajaran dalam talian bukan hanya sebagai bahan bantu mengajar tetapi sudah dikira sebagai kaedah utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Namun demikian pelb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Hudani Md Nawi, Habibie Ibrahim, Joki Perdani Sawai
Format: Article
Language:English
English
Published: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38453/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38453/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38453/
https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i6.2370
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajaran dan pembelajaran dalam talian memainkan peranan yang amat penting semasa berdepan dengan pandemik COVID-19. Kini, pembelajaran dalam talian bukan hanya sebagai bahan bantu mengajar tetapi sudah dikira sebagai kaedah utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Namun demikian pelbagai cabaran perlu dihadapi dan kesanggupan serta kejayaan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian bergantung kepada beberapa faktor seperti sokongan sosial, sokongan kendiri dan juga bebanan emosi yang perlu diurus dengan baik khususnya golongan mahasiswa. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kebolehpercayaan dan kesahan instrumen. Bagi tujuan tersebut, borang soal selidik telah diedarkan dan seramai 263 orang pelajar terlibat dalam kajian ini (44 = pelajar lelaki, 219 = pelajar perempuan). Instrumen yang telah digunakan adalah Medical Outcomes Study Social Support Survey (MOS-SSS), Interpersonal SelfSupport Scale for Adolescent Students (SSPS-AS) dan Emotion Regulation Questionnaire (ERQ). Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.0 telah digunakan untuk menganalisis kebolehpercayaan dan kesahan item. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebolehpercayaan ketekalan dalaman bagi MOS-SSS dan ERQ masing-masing adalah Cronbach = 0.934 dan 0.737 manakala SSPS telah menunjukkan alpha Cronbach = 0.707. Pearson's r untuk Domain-Total MOS-SS, SSPS-AS dan ERQ masing-masing berada dalam julat 0.715-0.898, 0.574-0.727 dan 0.516- 0.795. Keputusan ini menunjukkan bahawa pindaan yang dibuat dalam kajian awal telah meningkatkan kebolehpercayaan instrumen. Ujian awal sedemikian adalah penting dipraktiskan terutamanya dalam usaha untuk menggunakan instrumen tersebut dalam budaya yang berbeza sebelum penggunaannya diperluaskan bagi membolehkan hasil kajian yangdiperolehi nanti dapat digeneralisasikan dalm populasi secara menyeluruh.