Perbandingan imbuhan awalan kata kerja Bahasa Bajau Kota Belud dan Bajau Semporna
Makalah ini bertujuan mendeskripsi awalan kata kerja bahasa Bajau dari daerah Kota Belud dan Semporna, Sabah. Data diperoleh melalui temu bual tidak berstruktur. Kaedah temu bual secara bersemuka dan secara santai dilakukan sambil membuat rakaman terhadap semua aktiviti harian. Aktiviti harian terse...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Universiti Malaysia Sarawak
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38263/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38263/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38263/ https://doi.org/10.33736/ils.4246.2022 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini bertujuan mendeskripsi awalan kata kerja bahasa Bajau dari daerah Kota Belud dan Semporna, Sabah. Data diperoleh melalui temu bual tidak berstruktur. Kaedah temu bual secara bersemuka dan secara santai dilakukan sambil membuat rakaman terhadap semua aktiviti harian. Aktiviti harian tersebut melibatkan kegiatan ekonomi dan sosial para informan. Analisis menunjukkan terdapat pelbagai bentuk imbuhan dalam kedua-dua bahasa Bajau, namun imbuhan-imbuhan berkenaan memperlihatkan perbezaan ketara antara satu sama lain. Malah, dapatan juga memperlihatkan perbezaan dengan hasil kajian Omar (1983). Bagaimanapun, makalah ini hanya berfokus kepada imbuhan awalan kata kerja m(N) dalam bahasa Bajau Kota Belud yang mempunyai tiga alomorf, iaitu m-, n- dan ng-, dan imbuhan a(N) dalam bahasa Bajau Semporna yang juga memiliki tiga alomorf, iaitu an-, am- dan ang-. Kedua-dua imbuhan awalan tersebut boleh diimbuh dengan semua fonem vokal dan fonem konsonan /p, b, t, d, k, g, h, l, r, dan s/. Didapati juga bahawa imbuhan awalan dalam kedua-dua bahasa ini merupakan imbuhan yang sangat produktif dan boleh diimbuh dengan tiga jenis kata, iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. |
---|