Islam dan Perubahan Sosial dalam Masyarakat Rungus di Matunggong, Sabah
Masyarakat Rungus merupakan antara subetnik yang tergolong dalam keluarga Dusunik, iaitu antara etnik peribumi Sabah yang majoritinya mendiami Bahagian Kudat negeri Sabah, meliputi daerah Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat. Pada awalnya, masyarakat Rungus berpegang dengan kepercayaan a...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit USM
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37773/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37773/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37773/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masyarakat Rungus merupakan antara subetnik yang tergolong dalam keluarga Dusunik, iaitu antara etnik peribumi Sabah yang majoritinya mendiami Bahagian Kudat negeri Sabah, meliputi daerah Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat. Pada awalnya, masyarakat Rungus berpegang dengan kepercayaan animisme dan mula menerima agama Kristian setelah kedatangan penjajah British ke Sabah abad ke-19. Agama Islam hanya mula diterima oleh sebahagian kecil masyarakat Rungus pada tahun 1970-an setelah program pengislaman beramai-ramai dijalankan United Sabah Islamic Association (USIA) di kawasan penempatan mereka. Justeru, makalah ini bertujuan menjelaskan sejarah pengislaman masyarakat Rungus sehingga mencorakkan perubahan sosial di Matunggong, Sabah. Makalah ini berpandukan penyelidikan sejarah bersandarkan kajian kualitatif, iaitu dengan memfokuskan kaedah temu bual dan analisis kandungan. Hasil dapatan menjelaskan pengislaman dan perubahan sosial masyarakat Rungus melalui tiga fasa, iaitu sejarah penerimaan Islam dalam kalangan beberapa individu Rungus, penubuhan institusi keagamaan, dan pembentukan komuniti saudara baru di daerah Matunggong. Kajian ini memberi sumbangan dalam meningkatkan kefahaman terhadap perkembangan Islam dalam masyarakat Rungus dan hal ini perlu diketengahkan bagi memahami peranan agama yang memberi kesan kepada perubahan sosial masyarakat minoriti di pedalaman Sabah. |
---|