Pengaruh sikap pelajar dan pengajaran guru terhadap literasi bahasa Arab

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat pengaruh sikap pelajar dan pengajaran guru terhadap literasi bahasa Arab. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian lapangan telah dilakukan terhadap 200 orang pelajar di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah dengan menggunak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noorafini Kassim
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37763/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37763/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37763/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat pengaruh sikap pelajar dan pengajaran guru terhadap literasi bahasa Arab. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian lapangan telah dilakukan terhadap 200 orang pelajar di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah dengan menggunakan set ujian dan set soal selidik. Tahap kewajaran ujian dan soalan dinilai dan diperakukan oleh pakar akademik sebelum kajian dilaksanakan. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan melibatkan ujian t tidak bersandar, korelasi Pearson dan regresi berganda. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap literasi bahasa Arab berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga mendapati bahawa sikap pelajar dan persepsi pelajar bagi pengajaran guru berada pada tahap yang tinggi iaitu mencatatkan nilai skor min 3.66 dan 4.09. Selain itu, dapatan menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan responden lelaki dan perempuan bagi kedua-dua variabel sikap pelajar dan pengajaran guru. Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dengan literasi bahasa Arab, begitu juga dengan pengajaran guru dengan literasi bahasa Arab. Selain itu, analisis regresi mendapati bahawa pengajaran guru memberikan pengaruh yang besar iaitu sebanyak 48.1 %, berbanding sikap pelajar iaitu 8.1 % terhadap literasi bahasa Arab. Dapatan ini memberikan implikasi kepada amalan pengajaran guru bahasa Arab dalam meningkatkan sikap yang positif untuk menguasai bahasa Arab sekali gus meningkatkan pencapaian dalam kalangan pelajar.