Pengaruh penggunaan internet dan jenis gaya keibubapaan terhadap kesejahteraan subjektif remaja

Peningkatan tranformasi teknologi maklumat di Negara kita membawa impak yang besar kepada masyarakat. Seiring dengan perkembangan ini, remaja khususnya dilihat aktif dalam pelbagai kegiatan yang melibatkan internet. Kesannya, tahap penggunaan internet remaja semakin meningkat. Selain daripada itu, k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rickless Das
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37656/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37656/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37656/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peningkatan tranformasi teknologi maklumat di Negara kita membawa impak yang besar kepada masyarakat. Seiring dengan perkembangan ini, remaja khususnya dilihat aktif dalam pelbagai kegiatan yang melibatkan internet. Kesannya, tahap penggunaan internet remaja semakin meningkat. Selain daripada itu, kesejahteraan subjektif remaja juga turut dipengaruhi. Menyedari isu ini, faktor gaya keibubapaan harus diteliti dalam dimensi penggunaan internet dan kesejahteraan subjektif ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh penggunaan internet dan gaya keibubapaan terhadap kesejahteraan subjektif remaja. Seramai 318 remaja di sekitar Kota Kinabalu terlibat dan kaedah kajian adalah berbentuk tinjauan iaitu soal selidik. Soal selidik yang digunakan adalah Internet Addiction Test (Hon, 2012) bagi melihat penggunaan internet remaja, Parenting Questionaire Authority (Hamidah, 2013) untuk melihat jenis gaya keibubapaan dan tiga soal selidik untuk mengukur kesejahteraan subjektif remaja iaitu Students' Life Satisfaction Scale oleh Huebner (1991) untuk melihat kepuasan hidup, Subjective Happiness Scale (Ferlis et al./ 2010) untuk melihat tahap kebahagiaan remaja dan Positive and Negative Affect Scale (Ferlis et al., 2011) untuk melihat afek positif dan negatif remaja. Hasil kajian mendapati remaja dalam ketagihan internet sebanyak 18 kekerapan manakala golongan berisiko sebanyak 181 kekerapan dan pengguna normal sebanyak 119 kekerapan manakala tahap kesejahteraan subjektif dalam tahap sederhana. Secara keseluruhan, remaja mempersepsikan gaya keibubapaan ibu dan bapa mereka sebagai autoritatif manakala tahap kesejahteraan subjektif remaja secara keseluruhannya di tahap sederhana. Hasil analisis regrasi hierarki pelbagai mendapati modal regrasi yang mengandungi gaya keibubapaan ibu dan bapa autoritatif signifikan mempengaruhi kepuasan hidup dan afek positif remaja, manakala bapa autoritarian signifikan mempengaruhi kepuasan hidup dan afek positif remaja sementara ibu autoritarian dan bapa autoritatif signifikan mempengaruhi kebahagiaan remaja. Hasil interaksi gaya keibubapaan dan penggunaan internet mendapati gaya keibubapaan (F (3,314)=5.241, k<.05) signifikan berperanan sebagai moderator dalam hubungan antara penggunaan internet dengan afek negatif (Beta=.115), (t=2.062), hasil yang sama didapati dalam kesaninteraksi gaya keibubapaan bapa autoritarian (F c3,314)=5.185, k<.05 dan penggunaan internet terhadap afek negatif (Beta=.113), (t=2.033). Diharapkan penyelidikan ini dapat memberi sedikit sebanyak input yang berguna kepada masyarakat khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, Institusi Kekeluargaan dan pendidikan.