Pengaruh motivasi dan persepsi sokongan sosial ke atas kualiti hidup belia miskin tegar di Sabah : sikap keusahawanan sebagai mediator

Kajian bertujuan mengkaji pengaruh motivasi dan persepsi sokongan sosial ke atas kualiti hidup belia miskin tegar di Sabah. Kajian juga mengkaji peranan sikap keusahawanan sebagai pengantara hubungan antara motivasi dengan kualiti hidup. Komponen kualiti hidup yang cuba dikaji terdiri daripada empat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jainab Ahmad
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37644/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37644/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37644/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian bertujuan mengkaji pengaruh motivasi dan persepsi sokongan sosial ke atas kualiti hidup belia miskin tegar di Sabah. Kajian juga mengkaji peranan sikap keusahawanan sebagai pengantara hubungan antara motivasi dengan kualiti hidup. Komponen kualiti hidup yang cuba dikaji terdiri daripada empat, iaitu fizikal, psikologi, sosial dan persekitaran yang mana merupakan gabungan penunjuk objektif dan subjektif kualiti hidup. Kajian dijalankan ke atas 744 belia miskin tegar dari 11 daerah di Sabah. Kajian secara kuantitatif menggunakan metod tinjauan set soal selidik sebagai instrumen kajian dan Statistical Packages of Social Science (SPSS) versi 24.0 digunakan untuk menganalisis hasil kajian. Hasil kajian mendapati bahawa motivasi (intrinsik dan luaran) dan persepsi sokongan sosial mempengaruhi kualiti hidup golongan belia miskin tegar di Sabah. Motivasi secara konstruk keseluruhan memberi pengaruh yang lebih kuat ke atas kualiti hidup komponen fizikal, manakala persepsi sokongan sosial memberikan pengaruh yang kuat ke atas komponen sosial. Kajian juga mendapati terdapat peranan sikap keusahawanan sebagai pengantara ke atas hubungan motivasi dengan komponen kualiti hidup psikologi dan sosial golongan belia miskin tegar di Sabah. Implikasi kajian dapat mengenal pasti peranan penunjuk psikologi yang ada dalam diri belia miskin tegar yang mana berperanan secara positif dalam membantu belia miskin tegar meningkatkan kualiti hidup mereka.