Pembangunan dan pengesahan item pengukuran dalam atribut campuran pemasaran Islam
Menurut ajaran Islam, setiap perbuatan hendaklah diamalkan selaras dengan Syariah. Walaupun terdapat banyak rujukan mengenai perilaku perniagaan yang betul dalam Islam, tetapi tidak banyak yang dilakukan untuk menjelaskan secara specifik pelaksanaan strategi campuran pemasaran dari perspektif patuh...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37472/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37472/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37472/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Menurut ajaran Islam, setiap perbuatan hendaklah diamalkan selaras dengan Syariah. Walaupun terdapat banyak rujukan mengenai perilaku perniagaan yang betul dalam Islam, tetapi tidak banyak yang dilakukan untuk menjelaskan secara specifik pelaksanaan strategi campuran pemasaran dari perspektif patuh Syariah. Di samping itu, usaha ini juga menjadi cabaran terbesar bagi pemasar Islam ketika merumuskan campuran pemasaran, kerana kebanyakan strategi campuran pemasaran masa kini secara signifikan tidak mematuhi prinsip-prinsip Islam. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan dan mengesahkan atribut campuran pemasaran sesuai dengan prinsip Syariah. Kajian ini berusaha secara specifik untuk menghasilkan item pengukuran patuh Syariah dengan menggunakan model 7P campuran pemasaran sebagai asas teori. Berlandaskan kepada pendekatan campuran (mix-method), kajian ini telah membuat analisis kandungan (al-Quran dan al-Hadis) serta temubual mendalam dengan beberapa pakar dalam bidang Syariah dan pemasaran untuk mengenalpasti atribut yang berkaitan dan seterusnya mengesahkan item pengukuran yang dicadangkan melalui analisis faktor eksploratori (EFA). Hasil dapatan daripada analisis kandungan, pandangan pakar dan analisis faktor telah berjaya menghasilkan sebanyak 41 item yang telah disahkan. Prosedur ini telah memberikan pandangan yang lebih jelas dan terperinci keatas atribut-atribut campuran pemasaran yang patuh Syariah. Pembangunan item pengukuran ini akan berfungsi sebagai landasan awal yang menyediakan alat pengukuran asas bagi organisasi untuk mengenalpasti dan menilai kemampuan campuran pemasaran mereka berlandaskan undang-undang Syariah. |
---|