Keberkesanan kaedah makmal inkuri terhadap pemahaman konsep sains dan persepsi terhadap persekitaran pembelajaran dalam kalangan pelajar tingkatan 1
Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan kesan kaedah makmal inkuiri terhadap pemahaman konsep sains dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 dan persepsi pelajar terhadap persekitaraan pembelajaran dalam makmal. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah luar bandar dan melibatkan seramai 72 orang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36750/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36750/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36750/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan kesan kaedah makmal inkuiri terhadap pemahaman konsep sains dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 dan persepsi pelajar terhadap persekitaraan pembelajaran dalam makmal. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah luar bandar dan melibatkan seramai 72 orang pelajar yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Ujian pra dan ujian pasca dijalankan bagi menganalisis kefahaman konsep sains di kalangan pelajar dalam kedua-dua kumpulan.Dalam kajian ini, Science Laboratory Environment Inventory (SLEI) digunakan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap persekitaraan pembelajaran dalam Sains. Data dianalisis dengan menggunakan pengaturcara Pakej Statistik, Statistical Package for Social Science' (SPSS) Version 20.0. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah makmal inkuiri dalam aktiviti praktikal dapat membantu pelajar memahami konsep sains dengan lebih baik. Demikian juga persepsi pelajar terhadap persekitaraan pembelajaran menjadi lebih positif setelah kaedah makmal inkuiri diaplikasikan dalam P & P sains |
---|