Hubungan kesediaan guru dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara kesediaan guru dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah. Analisis deskriptif digunakan untuk mengenalpasti peratus, bilangan dan nilai min skor digunakan bagi menganalisis pelaksanaan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36739/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36739/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36739/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara kesediaan guru dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah. Analisis deskriptif digunakan untuk mengenalpasti peratus, bilangan dan nilai min skor digunakan bagi menganalisis pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS). Analisis inferensi digunakan untuk menguji hipotesis menggunakan ujian-t, ujian ANOVA sehala dan Korelasi Pearson. Satu set soal selidik yang mengandungi 38 item telah diedarkan kepada responden. Seramai 150 orang responden telah menjawab soal selidik ini yang terdiri daripada kalangan guru-guru sekolah menengah Daerah Penampang yang mengajar pelajar Tingkatanl dan Tingkatan 2. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPPS) versi 21.0 untuk mengira kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah Pekali Alpha Cronbach=0.938. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan kuat antara kesediaan guru dari segi sikap (r=0.563, p<0.01) dan penguasaan kemahiran (r=0.551, p<0.01) dengan pelaksanaan PBS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sekolah menengah Daerah Penampang bersedia dari segi sikap dan penguasaan kemahiran untuk melaksanakan PBS pada tahap yang tinggi. |
---|