Cabaran dalam proses kutipan data ketika perintah kawalan pergerakan di Malaysia: Satu kajian kes kajian kes ke atas GLC dan NGO di Sabah, Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk memahami dan menerangkan mengenai isu-isu dan cabaran yang berlaku dalam proses mengutip data bagi kajian yang menggunakan kaedah kualititatif ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan disebabkan oleh pandemik Covid-19 di Malaysia. Samada kaedah kuantitatif...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman Tahajuddin, Abdul Wahid Mohd Kassim, Jainurin Justine, , Intan Soliha Ibrahim
Format: Article
Language:English
English
Published: Accounting Centre Faculty of Business, Economics and Accountancy Universiti Malaysia Sabah 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36341/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36341/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36341/
https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1034
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk memahami dan menerangkan mengenai isu-isu dan cabaran yang berlaku dalam proses mengutip data bagi kajian yang menggunakan kaedah kualititatif ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan disebabkan oleh pandemik Covid-19 di Malaysia. Samada kaedah kuantitatif mahupun kualitatif, kedua-duanya memerlukan data yang bersifat tulin, lengkap dan berkualiti. Untuk tujuan tersebut, maka proses pengutipan data memerlukan tatacara kutipan data dilakukan dengan berhati-hati dan pada masa yang sama mengikut prosidur terbaik. Kajian ini telah memilih sebuah entiti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sebuah entiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai kajian kes untuk mencapai objektif kajian. Dapatan kajian mendapati terdapat isu dan cabaran yang agak berbeza dalam proses kutipan data melibatkan GLC dan NGO dalam konteks kajian menggunakan kaedah kualitatif. Entiti NGO didapati lebih terbuka dan bekerja sama banding entiti GLC dalam proses tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa data yang dikutip daripada NGO adalah lebih komprehensif dan berkualiti berbanding dengan GLC. Ini menunjukkan bahawa, terdapat banyak isu dan cabaran yang dihadapi dalam proses mengumpul data daripada GLC berbanding daripada NGO ketika PKP Covid-19 di Malaysia.