Dasar dan karakter pemerintahan kesultanan sulu dalam Menguasai ekonomi maritim di laut sulu sebelum abad ke-19
Makalah ini membincangkan tentang dasar dan karakter pemerintahan Kesultanan Sulu dalam menguasai ekonomi maritim di Laut Sulu sebelum abad ke-19. Perbincangan ini memfokuskan kepada dua aspek, iaitu pertama untuk merungkai semula dasar dan karakter Kesultanan Sulu dalam memanfaatkan Laut Sulu sebag...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
UMS
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35786/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35786/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35786/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini membincangkan tentang dasar dan karakter pemerintahan Kesultanan Sulu dalam menguasai ekonomi maritim di Laut Sulu sebelum abad ke-19. Perbincangan ini memfokuskan kepada dua aspek, iaitu pertama untuk merungkai semula dasar dan karakter Kesultanan Sulu dalam memanfaatkan Laut Sulu sebagai sumber ekonomi utama mereka. Kedua, untuk membuktikan bahawa aspek dasar dan karakter pemerintah sebagai faktor utama yang menentukan kejayaan penguasaan ekonomi maritim. Makalah ini menggunakan pendekatan sejarah dan kaedah kualitatif dalam mendapatkan sumber penulisan yang terdiri daripada sumber primer dan sumber sekunder. Hasil makalah ini mendapati bahawa terdapat empat dasar yang dilaksanakan untuk menguasai Laut Sulu, iaitu dasar pengawalan ekonomi (untuk menghubungkan Laut China Selatan-Laut Sulu), melebarkan wilayah perdagangan, agenda ekonomi berasaskan sumber laut dan aktiviti rompakan dan pemburuan hamba. Semua dasar ini memperlihatkan karakter pemerintah yang menitikberatkan ekonomi maritim berbanding dengan ekonomi tanah daratan. Apa yang menentukan kejayaan Kesultanan Sulu dalam menguasai ekonomi Laut Sulu sebenarnya adalah disebabkan oleh dasar dan karakter ini sehingga dikenali sebagai sebuah kerajaan maritim yang berpengaruh dan disegani di rantau Alam Melayu. |
---|