Aplikasi gis dan remote sensing dalam menjelaskan evolusi perkembangan dan guna tanah penanaman padi di Kota Belud dari tahun 1990 sehingga 2020
Padi merupakan komoditi utama yang menjadi keutamaan dalam agenda sekuriti makanan negara melalui Dasar Agromakanan Negara 2021-2030. Padi dan beras menjadi keutamaan dalam agromakanan disebabkan nasi merupakan makanan utama rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di kawasan bandar cenderung me...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35311/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35311/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35311/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Padi merupakan komoditi utama yang menjadi keutamaan dalam agenda sekuriti makanan negara melalui Dasar Agromakanan Negara 2021-2030. Padi dan beras menjadi keutamaan dalam agromakanan disebabkan nasi merupakan makanan utama rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di kawasan bandar cenderung mempunyai permintaan yang tinggi terhadap beras berbanding kawasan luar bandar yang diperkirakan oleh kuasa consumer dibandar lebih tinggi. hasil pengeluaran dan pemprosesan padi di negara masih berada diparas rendah yang memberi kesan kepada kebergantungan untuk import beras daripada luar negara masih diperlukan. Melalui Dasar Agromakanan Negara ini telah memfokuskan sekuriti makanan negara dimana memerlukan pengeluaran yang banyak di dalam negara berbanding menerusi import. Keutamaan dalam meningkatkan keluaran dalam negara telah membuka banyak jelapang baharu di Malaysia dan salah satu berada di Sabah iaitu di Daerah Kota Belud. Kawasan jelapang padi baharu di Kota Belud berada di bahagian Malaysia Timur iaitu IADA Kota Belud yang mempunyai keluasan 9,083 ha – 9,672 ha yang tidak banyak berubah dari tahun 2017 sehingga 2019. Oleh yang demikian, konteks kajian akan memfokuskan bagaimana penggunaan GIS dan Remote Sensing menjelaskan perubahan evolusi penanaman padi di Kota Belud dari tahun 1990 sehingga 2020 sehingga ianya menjadi sebuah jelapang padi yang baharu. Perubahan evolusi yang telah dianalisis dalam kajian ini mencatatkan hasil dapatan melalui analisis GIS dan Remote Sensing mencatatkan dari tahun 1990 sebanyak 122.19 km, tahun 2000 sebanyak 218.92 km, tahun 2010 sebanyak 47.89 km dan tahun 2020 mencatatkan sebanyak 155.43 km persegi bagi tahun yang dinyatakan. |
---|