Psikologi agama dalam menangani gejala sosial remaja

Cinta yang tidak dipandu dengan agama dan akal boleh menyebabkan belia terlibat dalam gejala salahlaku seksual seperti seks bebas, hamil luar nikah dan pembuangan bayi. Islam meraikan perasaan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Namun, cinta tersebut adalah cinta yang tidak membawa kerosakan kepa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Fazilah Idris, Fariza Md Sham, Rezki Perdani Sawai, Joki Perdani Sawai
Format: Article
Language:English
English
Published: Institute For Youth Research Malaysia 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35271/1/Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35271/2/Full%20text.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35271/
https://www.iyres.gov.my/en/malaysian-journal-of-youth-studies-2019/2015/200-vol-13-disember/1664-psikologi-agama-dalam-menangani-gejala-sosial-remaja
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cinta yang tidak dipandu dengan agama dan akal boleh menyebabkan belia terlibat dalam gejala salahlaku seksual seperti seks bebas, hamil luar nikah dan pembuangan bayi. Islam meraikan perasaan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Namun, cinta tersebut adalah cinta yang tidak membawa kerosakan kepada diri dan masyarakat. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan psikologi cinta dari perspektif Islam dan bagaimana kefahaman ini boleh menjadikan horizon pemikiran individu Muslim semakin luas dan seterusnya mencegah daripada terlibat dalam masalah sosial. Kajian analisis kandungan berdasarkan literatur terpilih ini mendapati konsep cinta dari perspektif Islam bukan hanya terhad kepada cinta romantis sesama manusia tetapi cinta yang hakiki adalah cinta kepada Pencipta iaitu Allah s.w.t. Kajian kualitatif ini menggunakan metod analisis secara bertema di dalam memahami hakikat cinta yang pelbagai bentuk. Hasil kajian menunjukkan konsep psikologi cinta dapat digunakan di dalam pelbagai cabang ilmu psikologi iaitu psikologi sosial, psikologi perkembangan, personaliti, psikologi agama dan psikologi silang budaya. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat beberapa prinsip dalam Islam yang mendasari hubungan sesama manusia boleh dijadikan mekanisme dalam pencegahan kepada seks bebas, hamil luar nikah dan buang bayi. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa remaja yang memahami psikologi cinta dalam konteks agama berjaya menahan diri daripada perkara yang boleh merosakkan diri dan masyarakat yang disebabkan perasaan cinta tersebut.