Kajian Komposisi Sisa Pejal di Kawasan Perumahan Terpilih di Tawau, Sabah

Masalah pengurusan sisa sudah semakin kritikal berikutan kesan buruk terhadap alam sekitar. Kawasan perumahan dikenalpasti sebagai punca utama peningkatan jumlah sisa. Oleh itu, untuk mengurangkan kesan buruk tersebut, penglibatan masyarakat perlu dilaksanakan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti kom...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Tahir Mapa, Nordin Sakke, Abdul Hair Beddu Asis
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UPSI 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34008/1/Kajian%20Komposisi%20Sisa%20Pejal%20di%20Kawasan%20Perumahan%20Terpilih%20di%20Tawau%2C%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34008/2/Kajian%20Komposisi%20Sisa%20Pejal%20di%20Kawasan%20Perumahan%20Terpilih%20di%20Tawau%2C%20Sabah1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34008/
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1705
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah pengurusan sisa sudah semakin kritikal berikutan kesan buruk terhadap alam sekitar. Kawasan perumahan dikenalpasti sebagai punca utama peningkatan jumlah sisa. Oleh itu, untuk mengurangkan kesan buruk tersebut, penglibatan masyarakat perlu dilaksanakan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti komposisi sisa di kawasan perumahan di daerah Tawau. Selain itu kajian ini juga ingin mengenalpasti penglibatan penduduk dalam aktiviti pengasingan sisa. Untuk itu kajian ini telah menggunakan dua kaedah iaitu temuramah dan pengukuran di kawasan kajian. Hasil kajian mendapati komposisi seperti kertas, kaca, plastik dan sisa makanan adalah antara sampah utama yang dibuang oleh responden setiap hari. Responden mengandaikan kirakira 2.9kg sampah dibuang setiap hari. Kajian ini juga mendapati 59.5% responden tidak pernah melakukan pengasingan sisa. Sebahagian besar (66%) responden menjalankan pengasingan untuk mendapatkan pulangan ekonomi. Amalan tersebut juga menguntungkan dari aspek alam sekitar di samping mengurangkan penggunaan sumber asli. Dapat dikatakan penduduk di kawasan kajian masih tidak mengamalkan pengasingan sisa dipunca. Oleh itu disarankan pengasingan sisa dipunca perlu dijadikan satu bentuk pengurusan oleh pihak berkuasa.