Ulasan buku: Social roots of the Malay left oleh Rustam A. Sani. Petaling Jaya: The Strategic Information & Research Development
Penulis buku ini iaitu Rustam A. Sani, membincangkan tentang kumpulan dan pergerakan politik Melayu berhaluan kiri (Malay Left) berasaskan semangat nasionalisme yang muncul di Tanah Melayu seawal tahun 1930-an. Pergerakan politik Melayu berhaluan kiri yang dijadikan fokus oleh Rustam A. Sani ialah K...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit UMS
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33901/1/Ulasan%20buku%2C%20Social%20roots%20of%20the%20Malay%20left%2CABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33901/2/Ulasan%20buku%2C%20Social%20roots%20of%20the%20Malay%20left.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33901/ https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2786 https://doi.org/10.51200/ejk.vi.2786 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penulis buku ini iaitu Rustam A. Sani, membincangkan tentang kumpulan dan pergerakan politik Melayu berhaluan kiri (Malay Left) berasaskan semangat nasionalisme yang muncul di Tanah Melayu seawal tahun 1930-an. Pergerakan politik Melayu berhaluan kiri yang dijadikan fokus oleh Rustam A. Sani ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dianggarkan muncul pada tahun 1938. Secara keseluruhannya, hampir semua pengkaji perkembangan politik Tanah Melayu bersetuju bahawa punca utama kemunculan gerakan politik berasaskan semangat nasionalisme adalah disebabkan oleh dasar pentadbiran British yang gagal meningkatkan taraf sosioekonomi orang Melayu dan kebanjiran imigran Cina dan India yang dibawa masuk oleh British sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang getah. Kemasukan kaum imigran telah mengubah pola demografi penduduk Tanah Melayu sekitar tahun 1920-an apabila etnik Cina dan India hampir mengatasi jumlah majoriti etnik Melayu. Keadaan ini sedikit sebanyak berpotensi menjejaskan kepentingan orang Melayu sebagai penduduk peribumi. |
---|