Hubungan intergenerasi, sokongan psikologi dan sosial dalam penjagaan warga emas: Satu kajian kes di Kota Kinabalu, Sabah
Kajian ini bertujuan untuk memerihalkan pandangan anak dewasa atau penjaga warga emas terhadap aspek intergenerasi, sokongan psikologi dan sosial dalam penjagaan warga emas. Untuk tujuan itu, data kualitatif telah digunakan secara terperinci bagi mencapai objektif tersebut. Seramai enam penjaga dewa...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit UMS
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33830/1/Hubungan%20intergenerasi%2C%20Kesan%20sokongan%20emosi%20dan%20sosial%20anak%20dewasa%20dalam%20penjagaan%20warga%20tua.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33830/2/Hubungan%20intergenerasi%2C%20Kesan%20sokongan%20emosi%20dan%20sosial%20anak%20dewasa%20dalam%20penjagaan%20warga%20tua.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33830/ https://doi.org/10.51200/ejk.vi.2499 https://doi.org/10.51200/ejk.vi.2499 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk memerihalkan pandangan anak dewasa atau penjaga warga emas terhadap aspek intergenerasi, sokongan psikologi dan sosial dalam penjagaan warga emas. Untuk tujuan itu, data kualitatif telah digunakan secara terperinci bagi mencapai objektif tersebut. Seramai enam penjaga dewasa kepada warga tua telah menyertai kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada kaum lelaki dan wanita yang mempunyai hubungan dengan warga tua, sama ada sebagai anak, anak angkat, cucu mahupun ahli keluarga ruas lain yang sudah menganggap bahawa mereka adalah satu keluarga dan tinggal di sekitar Kota Kinabalu. Data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik oleh Braun dan Clarke (2006). Secara keseluruhannya, hasil kajian menampakkan bahawa nilai-nilai murni dalam masyarakat misalnya menghormati orang tua masih dipegang oleh anak-anak yang berperanan sebagai generasi muda. Lantaran daripada sikap menghormati orang tua itu seterusnya menimbulkan rasa tanggungjawab dan sayang dalam kalangan anak-anak dewasa untuk menjaga orang tua mereka sehingga menampakkan hubungan intergenerasi yang baik. Dapatan kajian juga melaporkan bahawa penjaga dewasa memerlukan sokongan sosial dan sokongan psikologi dalam proses menjaga orang tua mereka. Kajian ini memberi implikasi ke atas polisi berkaitan warga emas dengan menunjukkan keperluan untuk membina satu modul secara holistik berdasarkan Dasar Warga Tua Negara (DWEN). Ia memerlukan penambahbaikan dalam pelan tindakan negara supaya penghasilan modul lebih bersepadu bagi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup penjaga dan warga tua. |
---|