Pengaraban nama Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu: Satu analisis kesalahan Bahasa

Nama melambangkan identiti bagi seseorang yang dapat menggambarkan tradisi, agama, sejarah dan budaya masyarakat tertentu. Timbul persepsi dengan tekaan yang pelbagai apabila kita mendengar nama individu buat pertama kalinya. Identiti keislaman misalnya akan tergambar dalam pemikiran secara tidak la...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Asiah Abas, Noor Fadilah Dawi
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33720/1/Pengaraban%20nama%20Melayu%20dalam%20kalangan%20masyarakat%20Melayu%2C%20Satu%20analisis%20kesalahan%20Bahasa.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33720/2/Pengaraban%20nama%20Melayu%20dalam%20kalangan%20masyarakat%20Melayu%2C%20Satu%20analisis%20kesalahan%20bahasa.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33720/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/1947
https://doi.org/10.51200/manu.v0i0.1947
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Nama melambangkan identiti bagi seseorang yang dapat menggambarkan tradisi, agama, sejarah dan budaya masyarakat tertentu. Timbul persepsi dengan tekaan yang pelbagai apabila kita mendengar nama individu buat pertama kalinya. Identiti keislaman misalnya akan tergambar dalam pemikiran secara tidak langsung ketika mendengar nama yang dipinjam daripada bahasa Arab dan realitinya masyarakat Melayu kini lebih cenderung dengan nama yang dipinjam daripada bahasa Arab berbanding nama Melayu yang sinonim digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Budaya ini merupakan satu perkembangan yang positif dalam masyarakat Melayu kerana menonjolkan imej Islam dan jati diri serta kesantunan masyarakat Melayu itu sendiri. Namun demikian, pemberian nama Arab tanpa asas atau pemahaman bahasa Arab yang betul boleh membawa kepada kesalahan tatabahasa, sekali gus memberikan maksud yang tidak tepat. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menganalisis kesalahan penggunaan nama Arab dalam kalangan masyarakat Melayu menggunakan kaedah kualitatif, manakala teori analisis kesalahan dijadikan sebagai panduan dalam menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesalahan fonetik dan fonologi, semantik, morfologi dan sintaksis dalam penggunaan nama Arab. Kesalahan semantik merupakan kesalahan yang paling ketara, diikuti kesalahan fonetik dan fonologi, seterusnya kesalahan sintaksis dan yang terakhir kesalahan morfologi. Oleh hal yang demikian, dicadangkan agar pemilihan nama Arab dilakukan berdasarkan pemahaman bahasa Arab dan tidak dilakukan sewenang-wenangnya dan hanya bergantung pada maklumat atau terjemahan di laman sesawang.