Pengaruh penghargaan kendiri dan kemurungan terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan remaja di salah sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Malaysia
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti pengaruh penghargaan kendiri dan kemurungan terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan remaja di Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN), Karangan, Kedah. Seramai 134 orang sampel dipilh berdasarkan persampelan bertujuan yang terdiri daripada kli...
Saved in:
Summary: | Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti pengaruh penghargaan kendiri dan kemurungan terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan remaja di Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN), Karangan, Kedah. Seramai 134 orang sampel dipilh berdasarkan persampelan bertujuan yang terdiri daripada klien remaja berusia antara 15 hingga 20 tahun yang mendapat rawatan pemulihan dadah di PUSPEN. Penghargaan kendiri diukur dengan menggunakan Rosernberg’s Self-Esteem Scale, kemurungan diukur dengan menggunakan Reynold’s Adolescent Depression Scale (II edition) dan kesejahteraan psikologi diukur dengan menggunakan Ryff’s Psychological Well-Being Scale (Short Form). Data dianalisis dengan menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, min dan sisihan piawai serta kaedah inferensi menggunakan regresi pelbagai. Keputusan menunjukkan terdapat pengaruh penghargaan kendiri dan kemurungan terhadap kesejahteraan psikologi remaja. Manakala hanya dimensi penguasaan persekitaran, hubungan positif dengan orang lain dan pertumbuhan personal mempunyai pengaruh penghargaan kendiri dan kemurungan. Impak daripada kajian ini boleh membantu banyak pihak terutamanya pihak yang terlibat secara langsung dalam pencegahan, pemulihan dan rawatan penyalahgunaan dadah merancang modul yang bersesuaian bagi menangani isu dadah di Malaysia. |
---|