Budaya Kebergantungan Terhadap Dana Kewangan Felda: Kajian Kes Pemimpin Belia Felda

Kajian ini adalah bertujuan untuk memahami budaya kebergantungan daripada perspektif pemimpin belia di tanah rancangan Felda. Kajian menggunakan kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajian menerusi kaedah temu bual. 11 orang pengerusi atau ketua yang mewakili 11 wilayah Felda yang dipilih sebagai r...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nik Hasrul Mohd Zainudin, Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Format: Article
Language:English
English
Published: Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32155/1/Budaya%20Kebergantungan%20Terhadap%20Dana%20Kewangan%20Felda.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32155/2/Budaya%20Kebergantungan%20Terhadap%20Dana%20Kewangan%20Felda1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32155/
http://jpsiks.cseap.edu.my/index.php/journal/singleJournal/34
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk memahami budaya kebergantungan daripada perspektif pemimpin belia di tanah rancangan Felda. Kajian menggunakan kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajian menerusi kaedah temu bual. 11 orang pengerusi atau ketua yang mewakili 11 wilayah Felda yang dipilih sebagai responden kajian bagi memahami budaya kebergantungan belia di wilayah masing-masing. Berdasarkan hasil analisis temu bual yang dijalankan menemui terdapat tiga tema asas yang muncul iaitu budaya kebergantungan terhadap dana untuk menjalankan aktiviti belia, pemberian dana oleh pihak Felda untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan program penjanaan pendapatan oleh Felda. Ketiga-tiga tema asas ini telah membentuk tema utama iaitu budaya kebergantungan pemimpin belia terhadap dana kewangan Felda. Budaya kebergantungan ini menyebabkan mereka sentiasa mengharapkan bantuan dana daripada Felda. Oleh yang demikian, bagi menjadikan belia sebagai peneraju tanah rancangan Felda, mereka perlu dipersiapkan untuk menjadi pelapis pada masa akan datang bagi membolehkan mereka membangunkan kelompok komuniti mereka di samping mengetengahkan cara lain untuk diberikan kepada mereka agar tidak terus mengamalkan budaya kebergantungan terhadap Felda.