Relevansi akta pendidikan 1996 memacu visibiliti dan memartabat bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dalam sektor pendidikan negara

Relevansi Akta Pendidikan 1996 seiring usaha menggerak dan memartabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibahaskan sebagai kewajaran pihak pemerintah yang cuba meletakkan kedudukan bahasa kebangsaan untuk diangkat menjadi bahasa pengantar dalam sektor pendidikan negara. Selaras dengan objektif mempe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Irma Wani Othman, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Nurulsyikin Muda
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence (GAE) 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31536/1/Relevansi%20akta%20pendidikan%201996%20memacu%20visibiliti%20dan%20memartabat%20bahasa%20melayu%20sebagai%20bahasa%20ilmu%20dalam%20sektor%20pendidikan%20negara.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31536/2/Relevansi%20akta%20pendidikan%201996%20memacu%20visibiliti%20dan%20memartabat%20bahasa%20melayu%20sebagai%20bahasa%20ilmu%20dalam%20sektor%20pendidikan%20negara1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31536/
http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2021-41-07-11.pdf
https://doi.org/10.35631/IJEPC.641011
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Relevansi Akta Pendidikan 1996 seiring usaha menggerak dan memartabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibahaskan sebagai kewajaran pihak pemerintah yang cuba meletakkan kedudukan bahasa kebangsaan untuk diangkat menjadi bahasa pengantar dalam sektor pendidikan negara. Selaras dengan objektif memperkasakan bahasa kebangsaaan demi membina negara bangsa, penggubalan undang-undang berkaitan hal ehwal pendidikan telah diperkenalkan bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran dalam sistem persekolahan, lantas melahirkan keikhlasan diri serta kesungguhan generasi muda membudayakan bahasa ibunda. Pendekatan kualitatif ini bertumpu kepada kaedah analisis kandungan di mana data sekunder digarap dari hasil penelitian himpunan akta-akta, buku ilmiah terpilih, seleksi jurnal, bahanbahan bercetak berkaitan dan informasi digital yang signifikan dengan intipati perbahasan dalam penulisan ini. Bersandarkan kajian bersifat inaugurasi, pemilihan isu-isu diketengahkan melingkari pokok utama perbahasan yang mengaitkan penerapan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama melalui sistem persekolahan dan pengajian tinggi negara dalam sektor pendidikan negara. Dalam konteks ini, kesalinghubungan Akta Pendidikan 1996 dilihat sebagai satu perlaksanaan dan pematuhan undang-undang yang saling melengkapi, justeru memperakui kesahan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hala tuju yang mendepani kajian setara seumpama ini wajar bersifat eksplorasi bagi merungkai pentafsiran masyarakat pascamodenisme berhubung iltizam warga negara mendukung bahasa ibunda. Bukan sahaja bersandarkan kemampuan diri untuk menguasai pertuturan dalam kehidupan seharian, bahkan berusaha gigih ke arah memacu visibiliti dan memartabat keunggulan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada peringkat profesional di persada dunia.