Kecerdasan emosi murid sekolah menengah di Kota Kinabalu
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan soal selidik sebagai instrument pengumpulan data. Kajian melibatkan seramai 240 murid sekolah menengah yang terletak di kawasan Kota Kinab...
Saved in:
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan soal selidik sebagai instrument pengumpulan data. Kajian melibatkan seramai 240 murid sekolah menengah yang terletak di kawasan Kota Kinabalu Sabah. Kecerdasan emosi murid diukur menggunakan Schutte Self-Report Inventory dan juga model campuran kecerdasan emosi Goleman. Seterusnya, pencapaian akademik diukur daripada keputusan Ujian Setara. Hasil menunjukkan terdapat kolerasi positif yang signifikan antara EI dengan pencapaian akademik (r=.661; p‹0.01). Hasil kajian juga menunjukkan murid hanya menunjukkan tahap kecerdasan emosi yang tinggi untuk domain motivasi diri (Min 3.10) dan kesedaran diri (Min 3.01). Manakala, tiga domain berada pada tahap sederhana iaitu mengurus emosi (Min 2.99), empati (Min 2.89) dan kemahiran sosial (Min 2.88). Kemahiran sosial menunjukkan nilai min yang paling rendah antara lima domain yang dikaji. Sekumpulan ibubapa yang hadir semasa mesyuarat PIBG di sebuah sekolah diminta memberikan pandangan terhadap kemahiran sosial. Ibu bapa berpendapat, masalah kemahiran sosial ini ada kaitan dengan kurangnya generasi muda berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang sekeliling disebabkan minat lebih kepada media sosial. Hasil kajian ini boleh dimanafaatkan oleh pihak berkepentingan untuk merangka program-program peningkatan kecerdasan emosi dalam kalangan murid sekolah. |
---|