Kesan Covid-19 Terhadap kebajikan pekerja buruh Asing di Sabah Dan Tindakan Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah (STIEU)

Pekerja buruh asing adalah penting untuk pembangunan negara kita terutamanya dalam sektor 3D. Oleh itu, kesedaran mengenai kebajikan pekerja-pekerja buruh asing ini harus dipertingkatkan bagi mengelakkan penindasan hak golongan pekerja asing ini. Di samping itu, kesatuan sekerja memegang tanggungjaw...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mariana Toressa Mangoi
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31103/1/Kesan%20Covid-19%20Terhadap%20kebajikan%20pekerja%20buruh%20Asing%20di%20Sabah%20Dan%20Tindakan%20Kesatuan%20Pekerja.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31103/5/Kesan%20Covid-19%20Terhadap%20kebajikan%20pekerja%20buruh%20Asing%20di%20Sabah24pages.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31103/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pekerja buruh asing adalah penting untuk pembangunan negara kita terutamanya dalam sektor 3D. Oleh itu, kesedaran mengenai kebajikan pekerja-pekerja buruh asing ini harus dipertingkatkan bagi mengelakkan penindasan hak golongan pekerja asing ini. Di samping itu, kesatuan sekerja memegang tanggungjawab yang penting untuk memperjuangkan hak pekerja buruh asing ini daripada ditindas oleh majikan. Kajian ilmiah ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti isu yang timbul berkaitan dengan kebajikan pekerja buruh asing pada pasca COVID-19 di Sabah, sekaligus untuk menghuraikan tindakan dan mengkaji cabaran yang dihadapi oleh kesatuan sekerja dalam melindungi kebajikan ahli pekerja buruh asing tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat isu penindasan kebajikan pekerja bahkan sebelum pandemik COVID-19 iaitu isu pembayaran gaji, isu pampasan, dan isu cuti. Dalam pandemik COVID-19 ini, pihak kesatuan sekerja khususnya pemimpin kesatuan sekerja telah berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam memperjuangkan hak-hak pekerja buruh asing ini. Cabaran tersebut wujud daripada tindakan majikan, kepercayaan pekerja buruh asing, dan perubahan dasar kerajaan berikutan dengan situasi COVID-19. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temubual secara atas talian yang dijalankan bersama informan-informan daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah (STIEU).