Sekatan pergerakan berdepan Covid-19 di Malaysia: satu tinjauan dari perspektif Islam

Pada awal tahun 2020, dunia dikejutkan dengan penularan wabak pandemik baharu iaitu COVID-19. Setakat 10 April 2020, wabak ini telah menular ke 212 negara termasuk wilayah, menjangkiti 1,521252 orang dan menyebabkan 92,798 kematian. Manakala dalam konteks Malaysia sebanyak 4346 kes positif telah dir...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Pg Mohd Faezul Fikri Ag Omar, Ibnor Azli Ibrahim, Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi, Syamsul Azizul Marinsah
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Intelligentia Resources 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30965/1/Sekatan%20pergerakan%20berdepan%20Covid-19%20di%20Malaysia_%20satu%20tinjauan%20dari%20perspektif%20Islam_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30965/2/Sekatan%20Pergerakan%20Berdepan%20COVID-19%20Di%20Malaysia%20Satu%20Tinjauan%20Dari%20Perspektif%20Islam.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30965/
https://almaqasid.my/index.php/ojs/issue/view/3
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada awal tahun 2020, dunia dikejutkan dengan penularan wabak pandemik baharu iaitu COVID-19. Setakat 10 April 2020, wabak ini telah menular ke 212 negara termasuk wilayah, menjangkiti 1,521252 orang dan menyebabkan 92,798 kematian. Manakala dalam konteks Malaysia sebanyak 4346 kes positif telah direkodkan, 1,830 discaj dan kematian mencecah 70 orang. Sehingga kini, masih tidak terdapat sebarang vaksin mahupun rawatan khusus bagi menangani wabak ini. Kajian ini bertujuan mengkaji sekatan pergerakan yang diimplementasikan oleh Malaysia dalam berdepan dengan Covid-19 dari sisi pandang Islam. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Hasil kajian mengetengahkan bahawa sekatan pergerakan merupakan salah satu langkah yang dianjurkan di dalam Islam ketika menghadapi penularan wabak berbahaya. Malaysia yang turut berdepan dengan wabak ini, telah melaksanakan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 (PKP 2), Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 (PKP 3) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang secara tidak langsung selari dengan semangat sekatan pergerakan yang dianjurkan dalam Islam. Sekali gus kajian ini menyokong tindakan pihak kerajaan yang mengenakan sekatan pergerakan sebagai salah satu Prosedur Operasi Standard (SOP)-nya apabila berdepan dengan insiden wabak berbahaya seumpama ini.