Perbandingan pelaksanaan ritual Mappandretasi dalam masyarakat Bugis dahulu dan sekarang di Pantai Timur Sabah

Ritual Mappandretasi dibudayakan oleh masyarakat Bugis untuk menyampaikan rasa kesyukuran dan penghormatan kepada semangat ghaib. Upacara ritual Mappandretasi bermaksud sajian makanan yang dihanyutkan ke sungai ataupun laut sebagai persembahan sajian kepada mahluk ghaib yang dipercayai ada kaitan ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Rahmas Bedu, Ismaliza Ishak, Asmiaty Amat
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30391/1/Perbandingan%20pelaksanaan%20ritual%20Mappandretasi%20dalam%20masyarakat%20Bugis%20dahulu%20dan%20sekarang%20di%20Pantai%20Timur%20Sabah-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30391/2/Perbandingan%20Pelaksanaan%20Ritual%20Mappandretasi%20Dalam%20Masyarakat%20Bugis.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30391/
https://www.researchgate.net/profile/Oscar-Wong-13/publication/339375906_PROSIDING_SEMINAR_KEBANGSAAN_PASCASISWAZAH_SAINS_SOSIAL_DAN_KEMANUSIAAN/links/5e4e3e78a6fdccd965b402e0/PROSIDING-SEMINAR-KEBANGSAAN-PASCASISWAZAH-SAINS-SOSIAL-DAN-KEMANUSIAAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ritual Mappandretasi dibudayakan oleh masyarakat Bugis untuk menyampaikan rasa kesyukuran dan penghormatan kepada semangat ghaib. Upacara ritual Mappandretasi bermaksud sajian makanan yang dihanyutkan ke sungai ataupun laut sebagai persembahan sajian kepada mahluk ghaib yang dipercayai ada kaitan kekeluargaan dengan keluarga yang mengamalkan ritual tersebut. Selain itu, ritual Mappandretasi juga digunakan sebagai upacara pengubatan dan tolak bala. Namun, peredaran masa yang semakin membangun mempengaruhi ritual tersebut yang dahulu sangat dipatuhi perlaksanaan upacaranya kurang diingati dan mengalami perubahan. Penyesuaian yang baharu terhadap upacara ini semakin melenyapkan keaslian upacara ritual yang sebenar kerana pengamalnya semakin hari semakin berkurangan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbandingan pelaksanaan dalam upacara ritual Mappandretasi masyarakat Bugis di pantai timur Sabah dan faktor-faktor perubahan dalam pelaksanaan tersebut. Melalui kerja lapangan data-data kualitatif, perbandingan pelaksanaan ritual ini dapat dikaji. Kajian mendapati bahawa ritual Mappandretasi mempunyai keistimewaan dan keunikan di sebalik maksud tersirat dalam struktur pelaksanaan seperti nilai-nilai moral. Kajian ini penting sebagai rujukan warisan dan keunikan yang tersirat dapat menggambarkan nilai budaya masyarakat khususnya masyarakat Bugis di pantai timur Sabah.