Pelancongan gunung: konseptual, segmentasi, isu dan potensi penyelidikan di Malaysia

Kawasan pergunungan menjadi destinasi pelancongan kedua popular selepas pantai dan pulau. Pelbagai aktiviti dan produk pelancongan ditawarkan bagi memenuhi kepelbagaian minat dan permintaan pelancong di kawasan pergunungan. Pelancongan gunung merupakan salah satu segmen pelancongan alternatif minat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Arnold Samih, Jabil Mapjabil, Mohamad Pirdaus Yusoh, Ruzanna Syamimi Ramli, Mohd Jirey Kumalah, Najwa Musain Musli @ Thomas, Johan Johnes, Jemmy Amanda Sipatau
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30346/1/Pelancongan%20gunung%2C%20konseptual%2C%20segmentasi%2C%20isu%20dan%20potensi%20penyelidikan%20di%20Malaysia-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30346/2/Pelancongan%20Gunung%2C%20Konseptual%2C%20Segmentasi%2C%20Isu%20dan%20Potensi.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30346/
https://www.researchgate.net/profile/Oscar-Wong-13/publication/339375906_PROSIDING_SEMINAR_KEBANGSAAN_PASCASISWAZAH_SAINS_SOSIAL_DAN_KEMANUSIAAN/links/5e4e3e78a6fdccd965b402e0/PROSIDING-SEMINAR-KEBANGSAAN-PASCASISWAZAH-SAINS-SOSIAL-DAN-KEMANUSIAAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kawasan pergunungan menjadi destinasi pelancongan kedua popular selepas pantai dan pulau. Pelbagai aktiviti dan produk pelancongan ditawarkan bagi memenuhi kepelbagaian minat dan permintaan pelancong di kawasan pergunungan. Pelancongan gunung merupakan salah satu segmen pelancongan alternatif minat khas yang popular dan mempunyai kelompok pengkaji dan pengamalnya sendiri. Kajian berkaitan pelancongan gunung telah banyak dilakukan di peringkat antarabangsa. Namun di Malaysia, istilah pelancongan gunung dalam kajian berkaitan masih terlalu asing digunakan oleh mana-mana penyelidik tempatan. Oleh itu, kertas kerja ini meneliti tentang aspek konseptual, segmentasi, isu dan potensi penyelidikan pelancongan gunung di Malaysia. Selain itu, model pembangunan pelancongan dan kaitannya dengan pelancongan gunung turut dihuraikan. Aktiviti dan produk pelancongan di kawasan pergunungan serta pola dan lokasi pelancongan gunung di Malaysia juga dibincangkan secara ringkas. Perbincangan ini penting kerana konsep pelancongan gunung masih terlalu asing dalam konteks pembangunan dan penyelidikannya di Malaysia. Kertas kerja ini menggunakan kaedah tinjauan bahan literatur secara sistematik iaitu maklumat dan data penyelidikan sedia ada dikaji, dinilai dan dirumuskan dengan teratur. Diharapkan kertas kerja ini dapat meningkatkan lagi pemahaman tentang ruang lingkup pelancongan gunung seterusnya menjadi asas dan rujukan berguna untuk kajian lanjut tentang pelbagai isu berkaitan pelancongan gunung di Malaysia.