Tinjauan tahap persepsi pelaksanaan 15 langkah bandar selamat yang membantu meningkatkan keselamatan wanita daripada pelakuan jenayah di ruang awam Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
Aspek keselamatan diri merupakan kebimbangan utama golongan wanita apabila berada di kawasan bandar. Hal ini kerana, wanita merupakan golongan yang sering menjadi mangsa bagi pelakuan jenayah yang biasanya berlaku di ruang awam bandar seperti di jalanan, taman, semasa menaiki pengangkutan awam, di s...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay Malay |
Published: |
Global Academic Excellence
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30319/1/Tinjauan%20tahap%20persepsi%20pelaksanaan%2015%20langkah%20bandar%20selamat%20yang%20membantu%20meningkatkan%20keselamatan%20wanita%20daripada%20pelakuan%20jenayah%20di%20ruang%20awam%20Bandaraya%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30319/2/Tinjauan%20tahap%20persepsi%20pelaksanaan%2015%20langkah%20bandar%20selamat%20yang%20membantu%20meningkatkan%20keselamatan%20wanita%20daripada%20pelakuan%20jenayah%20di%20ruang%20awam%20Bandaraya%20Kota%20Kinabalu%20ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30319/ http://www.jised.com/PDF/JISED-2021-37-06-16.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Aspek keselamatan diri merupakan kebimbangan utama golongan wanita apabila berada di kawasan bandar. Hal ini kerana, wanita merupakan golongan yang sering menjadi mangsa bagi pelakuan jenayah yang biasanya berlaku di ruang awam bandar seperti di jalanan, taman, semasa menaiki pengangkutan awam, di sekolah, di tempat kerja, di dalam tandas awam atau di kawasan kejiranan mereka sendiri. Bagi mengurangkan masalah pelakuan jenayah yang semakin kompleks serta bagi menjaga kesejahteraan penduduk, maka konsep Bandar Selamat mula diperkenalkan dan dilaksanakan di peringkat dunia oleh UN-Habitat pada tahun 1996. Di Malaysia, konsep ini mula diperkenalkan sejak tahun 2004 di bawah tanggungjawab Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan telah memperkenalkan 15 Langkah Program Bandar Selamat pada tahun 2010. Justeru, kertas kerja ini bertujuan meneliti tahap persepsi wanita terhadap pelaksanaan 15 langkah Bandar Selamat yang benar-benar membantu meningkatkan keselamatan mereka daripada pelakuan jenayah di ruang awam, Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 300 orang responden wanita yang bekerja di sekitar kawasan kajian di pusat Bandaraya Kota Kinabalu terlibat dalam kajian in. Sumber data primer diperolehi melalui kaedah tinjauan borang soal selidik. Hasil kajian mendapati kesemua langkah Bandar Selamat yang dilaksanakan sememangnya dipersetujui oleh golongan ini dalam membantu meningkatkan keselamatan mereka daripada pelakuan jenayah namun 2 langkah paling dominan yang dikenalpasti adalah langkah ke-9 pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaan dan tempat awam serta langkah ke-10 iaitu pencahayaan dalam strategi 2 Langkah Bandar Selamat: Memperkasakan kawasan sasaran. |
---|