Isu keselamatan dan jaminan dalam industri pelancongan: suatu tinjauan konseptual

Isu menangani kebimbangan pelancong terhadap aspek keselamatan di destinasi pelancongan adalah prioriti dalam agenda strategik negara yang dapat memastikan industri pelancongan terus konsisten sebagai peneraju utama ekonomi negara. Apatah lagi, dalam tempoh sedekad yang lalu, pelbagai insiden berlak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Jirey Kumalah, Jabil Mapjabil, Mohamad Pirdaus Yusoh, Arnold Samih, Ruzanna Syamimi Ramli, Johan Johnes, Jemmy Amanda Sipatau, Najwa Musain Musli @ Thomas
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30299/1/Isu%20keselamatan%20dan%20jaminan%20dalam%20industri%20pelancongan%2C%20suatu%20tinjauan%20konseptual-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30299/2/Isu%20Keselamatan%20dan%20Jaminan%20dalam%20Industri%20Pelancongan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30299/
https://www.researchgate.net/profile/Oscar-Wong-13/publication/339375906_PROSIDING_SEMINAR_KEBANGSAAN_PASCASISWAZAH_SAINS_SOSIAL_DAN_KEMANUSIAAN/links/5e4e3e78a6fdccd965b402e0/PROSIDING-SEMINAR-KEBANGSAAN-PASCASISWAZAH-SAINS-SOSIAL-DAN-KEMANUSIAAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu menangani kebimbangan pelancong terhadap aspek keselamatan di destinasi pelancongan adalah prioriti dalam agenda strategik negara yang dapat memastikan industri pelancongan terus konsisten sebagai peneraju utama ekonomi negara. Apatah lagi, dalam tempoh sedekad yang lalu, pelbagai insiden berlaku yang mengundang kebimbangan pelancong terhadap isu keselamatan mereka, antaranya pesawat yang hilang dan terhempas, gempa bumi di Gunung Kinabalu, kes pencerobohan di Tanduo serta beberapa siri penculikan pelancong di perairan pantai timur Sabah. Meskipun ESSCOM dilancarkan sejak tahun 2013, namun fokus utamanya hanya untuk memberi jaminan terhadap aktiviti perdagangan, menghalang penyeludupan serta memastikan pantai timur Sabah terjaga dari pencerobohan asing. Secara tidak langsung, ia tidak memberi penekanan terhadap aspek keselamatan secara keseluruhan dalam pelancongan di Sabah. Setakat ini, belum ada dasar khusus untuk menangani aspek kebimbangan pelancong terhadap pelbagai isu keselamatan di destinasi pelancongan. Untuk itu, kertas kerja ini adalah suatu tinjauan konseptual terhadap isu keselamatan dan jaminan dalam pelancongan yang signifikan dalam konteks Malaysia amnya dan Sabah khususnya.