Maslahat literasi pendidikan politik simbiosis golongan belia dalam mendepani perubahan lanskap kepimpinan negara

Kertas kerja ini membicarakan maslahat pendidikan literasi politik sebagai simbiosis golongan belia dalam mendepani perubahan lanskap kepimpinan negara. Tujahan diskusi meletakkan justifikasi kepimpinan belia celik minda ilmu politik seumpama suatu keperluan menggalas tanggungjawab demi kelangsungan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff, Mohd Kamal Mohd Shah, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Mohd Azri Ibrahim, Azlan Syafie Abdullah @ Raymond Majumah
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Global Academic Excellence 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30273/1/Maslahat%20literasi%20pendidikan%20politik%20simbiosis%20golongan%20belia%20dalam%20mendepani%20perubahan%20lanskap%20kepimpinan%20negara%20ABSTRAK.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30273/2/Maslahat%20literasi%20pendidikan%20politik%20simbiosis%20golongan%20belia%20dalam%20mendepani%20perubahan%20lanskap%20kepimpinan%20negara%20FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30273/
http://www.jised.com/PDF/JISED-2021-38-06-07.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membicarakan maslahat pendidikan literasi politik sebagai simbiosis golongan belia dalam mendepani perubahan lanskap kepimpinan negara. Tujahan diskusi meletakkan justifikasi kepimpinan belia celik minda ilmu politik seumpama suatu keperluan menggalas tanggungjawab demi kelangsungan negara tercinta. Mendasari latar belakang berbentuk inaugurasi, kertas kerja ini meletakkan lensa penelitian ke atas seleksi isu-isu kontemporari antaranya (i) Iltizam Generasi Muda dalam Pendidikan Literasi Politik, (ii) Relevansi Kepimpinan melalui Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), Pindaan 2019), (iii) Kebebasan Bersuara dalam Penentusahan Hak Asasi Mahasiswa, (iv) Vitaliti Belia sebagai Populasi Produktif, dan (v) Belia dan Dunia Pekerjaan. Refleksi ketelitian akta-akta lain seperti (i)Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, (ii) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 119 (1), (iii) Seksyen 15c (2) Akta Pekerja 1955, serta (iv) Akta Umur Dewasa 1971 dianalisis dan diadun bersama isu perundangan semasa komuniti belia di Malaysia. Disputasi sasaran perbincangan secara tuntas menekankan manfaat literasi pendidikan ilmu politik dalam memperluaskan peluang generasi muda untuk berkecimpung dalam arena politik, mengilap bakat kepimpinan generasi, lantas secara dinamik mencorak lanskap kepimpinan negara ke arah pembangunan negara yang bersifat progresif.