Kesejahteraan sosial pekerja dalam sektor ekonomi gig di Sekitar Kota Kinabalu, Sabah

Servis perkhidmatan penghantaran makanan sememangnya beroperasi secara atas talian sahaja yang merupakan insentif kepada orang ramai seperti wanita bekerjaya bagi meringankan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan isteri yang tidak sempat untuk memasak dan menjimatkan masa dan tenaga mereka dalam hal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yussyahfirah Jefri
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29643/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29643/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29643/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Servis perkhidmatan penghantaran makanan sememangnya beroperasi secara atas talian sahaja yang merupakan insentif kepada orang ramai seperti wanita bekerjaya bagi meringankan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan isteri yang tidak sempat untuk memasak dan menjimatkan masa dan tenaga mereka dalam hal sedemikian. Penghantaran makanan atas talian semakin berkembang pesat dan servis mereka semakin digunakan di Negara maju dan Negara yang membangun kerana sudah menjadi trend kehidupan dalam kalangan rakyat dalam sesebuah Negara kerana manfaatnya. Dalam pada itu, tidak ketinggalan juga di Malaysia khususnya di Tower B 1 Borneo condominium dan sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sabah. Oleh itu, objektif dalam penyelidikan yang dilakukan ialah objektif yang pertama untuk mengkaji sejauhmanakah pihak pengurusan syarikat servis perkhidmatan penghantaran makanan dapat menjaga kesejahteraan dan kebajikan sosial para pekerja. dan mengenalpasti faktor penglibatan pekerja dalam pekerjaan dan cabaran ekonomi GIG servis perkhidmatan penghantaran makan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Metodologi yang digunakan dalam mencapai objektif kajian ini adalah pendekatan kualitatif dengan melakukan temu bual kepada 4 orang informan yang merupakan pemandu bagi servis penghantaran makanan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Informan ini bekerja kepada beberapa organisasi servis penghantaran makanan yang terkenal di sekitar kawasan kajian iaitu GrabFood dan FoodPanda. Hasil penyelidikan ini mendapati bahawa organisasi servis penghantaran makanan ini seperti GrabFood dan FoodPanda telah menyediakan dan memberi berapa jenis kebajikan sosial kepada para pekerjanya. Antaranya ialah menyediakan pemberian insentif, skim perlindungan sosial, waktu jam bekerja, ganjaran dan penghargaan kepada pekerja.