Konsep latihan sebagai strategi pembangunan insan berteraskan Islam
Latihan dalam konteks pengurusan moden meletakkan elemen sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan sesuatu pekerjaan. Kebanyakan institusi mengutamakan latihan yang berupaya memberikan manfaat kepada institusi, lebih-lebih lagi jika manfaat latihan itu dapat dilihat dan dirasai dengan c...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | Malay Malay |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/28963/1/Konsep%20latihan%20sebagai%20strategi%20pembangunan%20insan%20berteraskan%20Islam.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/28963/2/Konsep%20latihan%20sebagai%20strategi%20pembangunan%20insan%20berteraskan%20Islam%20_ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/28963/ https://www.researchgate.net/profile/Mohd-Nur-Hidayat-Hasbollah-Hajimin/publication/336870968_KONSEP_LATIHAN_SEBAGAI_STRATEGI_PEMBANGUNAN_INSAN_BERTERASKAN_ISLAM/links/5db7f79992851c8180121780/KONSEP-LATIHAN-SEBAGAI-STRATEGI-PEMBANGUNAN-INSAN-BERTERASKAN-ISLAM.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Latihan dalam konteks pengurusan moden meletakkan elemen sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan sesuatu pekerjaan. Kebanyakan institusi mengutamakan latihan yang berupaya memberikan manfaat kepada institusi, lebih-lebih lagi jika manfaat latihan itu dapat dilihat dan dirasai dengan cepatnya seperti kesan latihan terhadap produktiviti, hasil jualan, hasil pengeluaran dan sebagainya. Sudah menjadi kebiasaan bahawa pelaburan dalam bidang latihan dibuat berdasarkan keperluan sesebuah institusi. Oleh demikian, latihan perlu dilihat daripada perspektif yang lebih holistik khususnya bagi institusi Islam yang seharusnya meletakkan keutamaan pada pembangunan insan para pekerjanya. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti latihan dari perspektif tasawur Islam dan seterusnya menganalisis konsep latihan sebagai strategi pembangunan insan berteraskan Islam iaitu melalui perspektif acuan, prinsip dan matlamatnya. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian dokumen dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasil dapatan menunjukkan bahawa konsep latihan mempunyai potensi yang sangat baik untuk diaplikasikan sebagai salah satu strategi pembangunan insan dan perlu dibentuk daripada acuan, prinsip dan matlamat yang berteraskan tasawur Islam. |
---|