Signifikasi wau dalam telemovie "Wau Kasih"

Wau merupakan sejenis permainan tradisi masyarakat Melayu, terutamanya wau bulan yang menjadi ikon kepada masyarakat Kelantan. Pada masa kini, permainan wau semakin lenyap dek arus globalisasi yang serba canggih, Sedikit sebanyak pemodenan mempengaruhi pola pemikiran masyarakat yang memandang rendah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamed Syafiq Salleh, Mohamad Nor Hisyam Musa, Sharifuddin Zainal, Lokman Abdul Samad, Nursiah Sabdin
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2020
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27604/1/Signifikasi%20wau%20dalam%20telemovie%20Wau%20Kasih%20abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27604/2/Signifikasi%20wau%20dalam%20telemovie%20Wau%20Kasih%20fulltext.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27604/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/2584
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wau merupakan sejenis permainan tradisi masyarakat Melayu, terutamanya wau bulan yang menjadi ikon kepada masyarakat Kelantan. Pada masa kini, permainan wau semakin lenyap dek arus globalisasi yang serba canggih, Sedikit sebanyak pemodenan mempengaruhi pola pemikiran masyarakat yang memandang rendah pada hal yang tradisional. Bagi melestarikan permainan tradisi, bidang perfileman dilihat relevan dalam memaparkannya secara visual dan verbal. Kreativiti sutradara atau pengarah dituntut dalam menterjemahkan simbol-simbol budaya sinematik yang memberi makna kepada penonton. Telemovie, Wau Kasih (2016) terbitan Heritages Movie Sdn. Bhd. dengan kerjasama Astro Citra merupakan karya arahan Wan Mohd Rafiq dan pengarah bersama Sabri Yunus, mengisahkan seorang lelaki yang menyara keluarganya dengan mengambil upah sebagai pembuat wau bulan. Makalah adalah hasil penelitian terhadap tanda-tanda dari aspek visual dan verbal dalam telemovie Wau Kasih (2016). Metodologi kajian ini dilaksanakan secara kualitatif. Penulis melakukan pengamatan rapi terhadap video sebagai rujukan utama. Sebagai rujukan tambahan, penulis menjalankan kajian perpustakaan dan rujukan di laman sesawang terpilih untuk menyokong hujahan. Penulis menggunakan kerangka teori semiotik Charles Sanders Pierce yang memberi perhatian terhadap ikon, indeks dan simbol serta semiotik Roland Barthes digunakan sebagai kerangka teori kajian. Melalui pemerhatian yang dijalankan, penulis mendapati ikon wau bulan mempunyai persamaan dengan watak Pak Akob yang berasal dari Kelantan yang kemudiannya berpindah ke Selangor. Wau bulan tersebut juga turut memaparkan indeks utama cerita ini dengan menjelaskan sebab-akibatnya Pak Akob tinggal di negeri orang. Penulis turut mendapati bahawa wau menjadi simbol kepada rona kehidupan seorang individu di muka bumi ini dan terdapat beberapa falsafah kehidupan yang dipaparkan melalui verbal atau pengucapan dialog pelakon. Oleh hal yang demikian, artikel ini diharapkan mampu merapatkan jurang ilmu kajian budaya tradisi dalam industri filem tempatan.