Kedudukan bahasa arab dalam kalangan masyarakat kadazandusun muslim di daerah Ranau
Kedatangan Islam di daerah Ranau telah memberikan kesan signifikan terhadap ragam kehidupan beragama dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya masyarakat Kadazandusun. Masyarakat Kadazandusun yang menerima Islam sebagai satu cara hidup didapati menggunakan bahasa Arab rentetan daripada wujudnya...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Proceedings |
Language: | English English |
Published: |
Pusat Penataran Ilmu Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27421/1/Kedudukan%20bahasa%20arab%20dalam%20kalangan%20masyarakat%20kadazandusun%20muslim%20di%20daerah%20Ranau.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27421/2/Kedudukan%20bahasa%20arab%20dalam%20kalangan%20masyarakat%20kadazandusun%20muslim%20di%20daerah%20Ranau1.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27421/ https://drive.google.com/file/d/14r8p7XBJCXXyGbFmkKZj-9MIi6S-pWzv/view |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kedatangan Islam di daerah Ranau telah memberikan kesan signifikan terhadap ragam kehidupan beragama dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya masyarakat Kadazandusun. Masyarakat Kadazandusun yang menerima Islam sebagai satu cara hidup didapati menggunakan bahasa Arab rentetan daripada wujudnya hubungan timbal balas (reciprocal) antara agama Islam, bahasa Arab dan budaya setempat. Kajian ini cuba merungkai kedudukan bahasa Arab dalam kalangan masyarakat Kadazandusun muslim melalui penelitian ke atas pengaruh hubungan timbal balas tersebut terhadap penggunaan bahasa Arab. Objektif pertama kajian ini ialah mengenalpasti tujuan penggunaan bahasa Arab dalam kehidupan seharian masyarakat kadazandusun. Manakala objektif kedua ialah mengenalpasti persepsi masyarakat Kadazandusun terhadap bahasa Arab. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data, manakala data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan ukuran kekerapan serta peratusan. Sampel kajian dipilih secara rawak dan melibatkan seramai 392 responden Kadazandusun muslim di daerah Ranau yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang sama ada dari sudut jantina, umur, status perkahwinan, pekerjaan dan tahap pendidikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Arab hanya terhad untuk tujuan ibadah dan bukan sebagai bahasa komunikasi harian. Di samping itu, hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi masyarakat Kadazandusun muslim terhadap bahasa Arab adalah sangat baik. Diharapkan akan ada kajian pada masa hadapan yang menyentuh secara langsung berkenaan modul pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan ibadah dengan mengambil kira cadangan daripada anggota masyarakat setempat. |
---|